Feb 28, 2010

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh 2010 tiba lagi!!!

Berikut merupakan tuan-tuan rumah bagi setiap HKSBP Zon. Tarikh kejohanan adalah sama iaitu pada 11-13 Mac 2010,

Zon Utara - Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa
Zon Tengah - Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak
Zon Selatan - Sekolah Menengah Sains Muar
Zon Timur - Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh
Zon SQL - Sekolah Menengah Sains Kuching

Buat pengetahuan semua, bermula pada tahun ini pertandingan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dijalankan serentak pada peringkat zon dan hanya Johan dan Naib Johan sahaja yang akan mewakili zon masing-masing untuk ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan.

Pertandingan bola keranjang akan diadakan seperti biasa. Hanya johan dan naib johan setiap zon sahaja yang akan bertanding di peringkat Kebangsaan.

Buat semua kontinjen SDAR, semoga kejayaan tahun ini milik kita..

Buat para SDARian dan SDARA yang berkesempatan, anda semua juga dijemput turut sama hadir bagi memeriahkan kejohanan tersebut. Sokongan moral dan material daripada semua amat dialu-alukan.

Kepada pasukan debat SDAR,

“Biar halilintar dipasak bumi,
Biar guruh membelah lautan,
Berundur kita jangan sekali,
Keagungan SDAR kita teruskan...”

No comments: