Nov 7, 2010

Nukilan Rasa


Assalamualaikum sekalian pendebat, guru2 debat, abang2 debat, adik2 debat serta semua yang ada kena mengena dengan debat SDAR.

Semoga sihat dan bahagia semuanya.

Masa datang dan pergi, seperti kenderaan yang berhenti di tol dan RNR, yang datang akan pergi jua (kecuali pekerja kat situ kena la datang balik). Begitu juga dengan tahun 2010 yang telah datang dengan pelbagai kisah dan pergi dengan pelbagai sejarah, walaupun tidak semuanya indah. 2010 akhirnya akan pergi meninggalkan kita. Ia pergi membawa Cikgu Muhammad, kebanggaan memenangi PPM, pergi membawa peluang untuk bersama-sama, ada yang dibawa pergi ke Australia, dan yang paling tidak penting pergi membawa saya daripada line up pasukan.
Kita lihat apa yang hadir bersama 2011...

2011 hadir dengan beberapa pembaharuan. Yang paling jelas dengan guru pengiring yang disayangi, ibu2 yang berdedikasi, bilik debat yang semakin berseri, 3rd speaker yang berbakti , junior2 yang bercita cita tinggi, ada yang cuma tahu berangan dan bermimpi, dan 2 orang wira muda yang amat saya kasihi. 2011 bakal datang dengan misi baharu, cabaran baharu dan usaha yang pastinya perlu di 'baru' kan.

Apa yang hanya bermula dengan impian, kini berakhir dengan kenyataan. Namun harga sebuah impian yang ingin dinyatakan tidak semurah yang dilihat, yang difikir, yang disangkakan. Mental, fizikal, material, spiritual, emosi, semuanya disusahkan demi sebuah impian. Ada yang membenci dan tidak memahami, ada yang menyanjung dan menyokong. Air mata dan keringat, itulah yang akan diingat sampai kiamat. Kita sentiasa berjuang, dan akan terus berjuang. Ada yang berjuang demi bangsa, ada yang berjuang demi agama, demi cita-cita. Tidak salah untuk berjuang, sememangnya itu tujuan kita berpijak di bumi ini,. untuk berjuang. Namun perlu dinilai beberapa perkara, untuk siapa kita berjuang, dengan apa kita berjuang, atas landasan apa kita berjuang. Malah cabaran dan halangan akan sentiasa muncul sepanjang jalan perjuangan kita. It is not the matter how the troubles come, it is the matter how we face them. Ingatlah, sebagaimana bumi akan sentiasa ditimpa hujan, kita akan sentiasa didatangi masalah. Maka, hadapilah dengan penuh keterbukaan. Minda yang terbuka, emosi yang tenang, strategi yang cemerlang, gaya yang matang, dan pergantungan yang tinggi terhadap Tuhan. Setelah itu kita akan melihat masalah yang datang, sebagai bukan masalah lagi.

Mungkin tiada apa sangat yang dapat saya tinggalkan buat tatapan dan kaguman generasi depan. Justeru, setelah segala-gala yang terjadi, terima kasih dan minta maaf. Semoga pasukan debat SDAR akan terus menjadi pasukan yang digeruni, seperti Manshester United dan Chelsea dalam EPL, Barcelona dan Real Madrid dalam La Liga, Spain dan Brazil dalam World Cup (tapi Barca tetap terbaik).....


Wassalaam,

Adzlan Jamaludin
Koambir Diraja
Mantan Kapten Pasukan Debat SDAR 2009/2010







Nov 5, 2010

Assalamualaikum wbt...


Ke hadapan para pendebat serta semua yang terlibat dengan pertubuhan yang serba berwarna warni dengan pelbagai rasa