Jun 14, 2013

Kenangan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh 2013

Assalamualaikum w.b.t.

Maaf atas kelewatan memberikan laporan penuh Kejohanan Bahas Piala Perdana Menteri, Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama  Penuh 2013 ini. Untuk pengetahuan semua, kejohanan ini merupakan antara kejohanan yang berprestij tinggi dan sememangnya menjadi idaman dan impian setiap insan yang bergelar pendebat yang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia. Penganjuran pada tahun ini memberikan kami satu peluang untuk mengenali dengan lebih dekat Sekolah Menengah Sains Selangor yang merupakan tuan rumah utama bersama dengan beberapa penganjur bersama iaitu Sekolah Menengah Sains Alam Shah dan Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. Berbekalkan azam dan semangat untuk membawa kejayaan yang lebih cemerlang berbanding kejohanan-kejohanan sebelum , kami telah bertolak ke Sekolah Menengah Sains Selangor pada tanggal 24 Mei 2013 yang lalu. 

Perkampungan selama enam hari di Sekolah Menengah Sains Alam Shah bersama-sama dengan guru pengiring kami, Puan Noraishah bt Sharif , guru pembimbing yang didatangkan khas dari Sekolah Menengah Sains Rembau , En. Muhammad bin Md. Derus dan para senior telah banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis buat kami semua.Tetapi, tidak semua kegembiraan bertahan buat selama-lamanya. Mungkin disebabkan nasib yang tidak menyebelahi kami di samping kesilapan-kesilapan kecil yang tidak diambil serius, kami telah ditewaskan oleh legasi pendebat cemerlang dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang di peringkat separuh akhir yang telah diadakan di Dewan Utama Sekolah Menengah Sains Selangor pada tanggal 29 Mei yang lalu. Namun kesedihan itu sedikit terubat apabila pendebat kedua Sekolah Dato' Abdul Razak, Saudara Mohammad Helmi bin Ahmad Jani telah diiktiraf di kedudukan 10 pembahas terbaik keseluruhan.

Akhirnya, Pasukan Debat Piala Perdana Menteri Sekolah Dato' Abdul Razak 2013 ingin mengucapkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada individu-individu mahupun gerakan yang telah bertanggungjawab memberikan kami bimbingan, sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang berlansungnya Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke- 40 yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Sains Selangor pada 24 hingga 29 Mei 2013 yang lalu.
Juga jutaan apresiasi kepada guru-guru yang setia membantu dan mengendalikan perjalanan kami di sana terutamanya untuk Puan Noraishah bt. Sharif selaku guru pengiring dan En. Muhammad bin Md. Derus selaku pembimbing setia. Tidak lupa juga kepada para senior atasan atas sokongan dan kepercayaan yang telah mereka berikan di samping ilmu-ilmu berguna yang selalu dicurahkan.Ribuan penghargaan juga buat barisan pentadbir sekolah terutamanya buat Puan Zainah binti Ahmad Sisman atas pandangan dan sokongan berterusan yang telah diberikan. 

Akhir kata , kami ingin memohon maaf atas kesilapan yang telah terjadi. Memang ada kekecewaan yang tersimpan di hati ini, tetapi kami yakin dan percaya kekalahan ini bakal menjadi satu platform penentu kejayaan kami di kejohanan-kejohanan yang akan datang.

Terima Kasih. 


Pusingan
Kerajaan vs Pembangkang
Usul
Keputusan
Pusingan 1
SDAR vs INTEK
Pertambahan Artis Muda Tempatan Merancakkan Hiburan Tanah Air
Usul : diterima
Pembahas Terbaik : Syahmi
Pusingan 2
INSTAR vs SDAR
Bahasa Melayu Penyatu Bangsa Malaysia
Usul : ditolak
Pembahas Terbaik : Helmi
Pusingan 3
SDAR vs SESTA
Sekolah Sukan Perlu Ditambah
Usul : diterima
Pembahas Terbaik : Pembangkang
Octo
SDAR vs SERATAS
Media Baharu Mengeratkan Perpaduan Kaum
Usul : diterima
Pembahas Terbaik : Helmi
Suku akhir
SCIPP vs SDAR
Generasi Y Aset Negara
Usul : ditolak
Pembahas Terbaik : Kerajaan
Separuh akhir
SMAPK vs SDAR
Pengiklanan Produk Menggalakkan Gaya Hidup Sihat
Usul diterima

Mar 28, 2013

Debaran Kian Memuncak


          Bismillahiramanirahim dan salam pembukaan kami ucapkan buat semua warga KSOS.Mungkin selama ini anda ternanti-nanti apa yang akan berlaku terhadap pasukan debat SDAR yang akan datang.Pada tahun ini ialah tahun pertama bagi muka-muka baru.Kami telah diuji dengan pelbagai cabaran.Bermulanya dengan Pertandingan Debat Musleh Antarabangsa sehingga yang terbaru dan akan datang ialah Kenyalang Debate Open 2013.

           Sebelum itu,kami mengucapkan jutaan terima kasih terhadap para guru dan bekas pembahas Sekolah Dato' Abdul Razak.Kami boleh katakan tanpa anda semua,kami tidak akan menimba ilmu yang begitu banyak ini.Kami berjanji akan lakukan yang terbaik dan cuba sedaya mungkin pada tahun ini.We will PROVE it.Kami juga ingin mengucapkan tahniah kapada Luqman Sufyan,Azfar Azhar dan Thalhah yang telah mendapat semua A dalam SPM.Sekadar memetik kata-kata Tuan Haji Zakaria,"Saya sungguh risau terhadap pembahas-pembahas kita."Akhirnya,mereka membuktikan debat bukan menjadi penghalang kepada mereka untuk berjaya.TAHNIAH.

            Kita sedia maklum HKSBP 2013 akan diadakan di SMS Selangor tidak lama lagi.Pasti tumpuan terarah kepada sekolah yang hebat dalam dunia debat ini.Antaranya ialah Sekolah Seri Puteri,Sekolah Tunku Abdul Rahman,Kolej Tunku Kurshiah dan selainya.Perhatian semua juga pasti akan terarah terhadap Kumpulan H yang dihuni lima buah sekolah.Semoga tahun ini menjadi tahun yang bertuah buat Sekolah Dato' Abdul Razak.Berikut merupakan undian kumpulan,skop dan tema pada tahun ini.




KUMPULAN A

A1 Sekolah Seri Puteri (SSP)
A2 SM Sains Alam Shah (ASIS)
A3 SM Sains Miri (Sainsri)
A4 SM Sains Sabah (SMESH)

KUMPULAN B

B1 Kolej Tunku Kurshian (KTK)
B2 SM Sains Kuching Utara (SMSKu)
B3 SM Sains Kuala Selangor (KUSESS)
B4 SBPI Jempol

KUMPULAN C

C1 SBPI Sabak Bernam (INTERSABER)
C2 SM Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)
C3 SM Sains Kuching (SMSK)
C4 SM Sains Labuan (SMSL)

KUMPULAN D 

D1  SBPI Batu Rakit (Brains)
D2 SM Sains Sultan Mahmud (SESMA)
D3 SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra  (SMSTMFP)
D4 Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)

KUMPULAN E 

E2 SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
E2 SM Sains Kota Tinggi (SAKTI)
E3 SMAP Labu (SMAP L)
E4 SM Sains Machang (SMACH)

KUMPULAN F

F1 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
F2 SM Sains Tuanku Syed Putra  (SMSTSP)
F3 SM Sains Sultan Iskandar
F4 SM Sains Johor (SMSJ)

KUMPULAN G

G1 SM Sains Tuanku Jaafar (STJ)
G2 SM Sembrong
G3 SBPI Temerloh
G4 SM Sains Pasir Putih(SMSPP)

KUMPULAN H

H1 SBPI Gombak
H2 SM Sains Muzahafar Shah (MOZAC)
H3 SMAP Kajang (SMAP K)
H4 Maktab Tentera Diraja (MTD)
H5 SM Sains Tengku Abdullah (SEMESTA)

KUMPULAN I

I1 Sekolah Tun Fatimah (STF)
I2 SM Sains Sultan Muhammad Jiwa
I3 SM Sains Sultan Ahmad Shah (SEMSAS)
I4 SBPI Rawang (SEPINTAR)
I5 SM Sains Kubang Pasu

KUMPULAN J

J1 Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS)
J2 SM Sains Seri Puteri (SESERI)
J3 SM Sains Kepala Batas (SAKBA)
J4 The Malay College Kuala Kangsar(MCKK)
J5  SM Sains Banting (BASIS)

KUMPULAN K

K1 SM Sains Tuanku Munawer (SASER)
K2 SM Sains Setiu
K3 Sm Sains Kuala Terengganu (SESTER)
K4 SM Sultan Abdul halim (SMSAH)

KUMPULAN L

L1 SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SOKSEK)
L2 SHAH, Pekan
L3 SBPI Selandar
L4 SM Sains Selangor (SMSS)

KUMPULAN M

M1 SM Sains Rembau (SEMESRA)
M2 SM Sains Teluk Intan (SEMESTI)
M3 SMAP Bentong
M4 SM Sains Hulu Terengganu (SAHUT)

Kumpulan N

N1 SBPI Gopeng (Igop)
N2 SM Sains Bagan Datoh (SABDA)
N3 SM Sains Pokok Sena (SAINA)
N4 SM Sains Batu Pahat (SEHEBAT)

KUMPULAN O

O1 SBPI Kubang Pasu (IKUPS)
O2 SM Sains Dungun (SEMERDU)
O3 SM Sains Muar (SAMURA)
O4 SM Sains Lahad Datu (SMLD)

KUMPULAN P

P1 Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)
P2 SBPI Kuantan 
P3 SBOI Tun Abdul Razak (INSTAR)
P4 SM Sains Tapah (SESTA)






TEMA BAHAS BAHASA MELAYU


PUSINGAN
TEMA
SKOP
1
HIBURAN
HIBURAN TANAH AIR
2
SOSIAL
PERPADUAN BANGSA
3
SUKAN
PELAPIS ATLET
4
PENDIDIKAN
KURIKULUM
5
PENDIDIKAN
KEMENJADIAN MURID
PUSINGAN 2
MEDIA
IMPAK MEDIA
SUKU AKHIR
SOSIAL
REMAJA
SEPARUH AKHIR
SOSIAL
(KESIHATAN)
PRODUK KESIHATAN














Jan 11, 2013

Himpunan Shamsidar



KUALA LUMPUR : -Penganjuran Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini yang bertujuan memastikan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah, dilihat sebagai gimik politik murahan pakatan pembangkang.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, himpunan tersebut hanya sekadar rancangan pembangkang untuk terus mengelirukan rakyat daripada mengetahui kebenaran.
"Adalah menjadi satu kemestian bagi pembangkang untuk mempergunakan dan menipu rakyat dengan mengadakan demonstrasi jalanan dari semasa ke semasa yang kononnya proses demokrasi.
"Himpunan Shamsidar adalah cubaan untuk mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah dan mengekang umum daripada mengetahui perkara sebenar," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan yang mendakwa pembangkang merancang mengadakan Himpunan Shamsida beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd., pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Kelmarin, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.
Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk Shamsidar bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Jelas Azwanddin, himpunan tersebut juga bertujuan memastikan Shamsidar tidak naik ke kandang saksi untuk memberi sebarang keterangan yang tidak menyebelahi pembangkang.

"Apa istimewanya dia sehingga tidak perlu tampil memberi keterangan? Setiap individu akan ke mahkamah untuk membuktikan mereka tidak bersalah.

"Kami ingin tahu, mengapa Shamsidar perlu takut menghadapi perbicaraan ini? Berani kerana benar, jika tidak salah, buktikan sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS),Hamidzun Khairuddin melahirkan rasa hairan dengan motif himpunan yang akan diadakan.

"Saya rasa amat pelik sekali, apa objektif sebenar penganjuran demonstrasi ini.

"Shamsidar harus berani naik ke mahkamah demi membersihkan nama dia dan keluarganya. Jangan cuba lari daripada undang-undang dengan sengaja mengadakan demonstrasi murahan," tegasnya.

Dec 14, 2012

Definisi, Interpretasi dan Persepsi..

1. Sebagai seorang pendebat atau pembahas, baik di peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi, banyak istilah dan perkataan yang sering diguna pakai berulangkali dalam setiap pertandingan serta kejohanan. Contohnya, istilah "diskriminasi", "kebenaran", "keadilan", "kesaksamaan", "sama rata", "hak asasi", "demokrasi" dan banyak lagi.

2. Namun begitu, terdapat segelintir pembahas yang masih gagal mengambil peluang memanipulasikan istilah-istilah tersebut dengan sebaik mungkin. Ada juga sebilangan pendebat yang berpendapat erti dan makna frasa-frasa ini sudah ditetapkan sejak azali, tidak boleh ditukar ganti. 

3. Apabila usul yang ingin diperdebatkan adalah berkaitan isu kuota, peratusan pekerja dalam sesebuah institusi mengikut jantina, sistem politik atau jenayah antarabangsa, para pembahas dengan mudah menghamburkan istilah-istilah ini tanpa menyedari bahawa isu yang dibawa tidak langsung mempunyai kaitan dengan istilah tersebut.

4. Contohnya, sewaktu membahaskan usul "Dewan Ini Akan Menetapkan Kuota 40% Guru Lelaki", hampir kesemua pembangkang di setiap sidang akan membawa isu diskriminasi, penindasan dan ketidakadilan terhadap guru yang berjantina perempuan. Isu-isu ini terlalu lemah dan remeh untuk dibawa ke dalam dewan.

5. Soalan pertama, apa itu diskriminasi? Apa itu adil? Apa itu penindasan? Tidak pernah ada satu kitab, sumber rujukan atau buku akademik pun yang pernah menerangkan definisi bagi frasa-frasa ini secara jelas.  Maka, tidak perlulah kerajaan menerima pertikaian bahawa penetapan 40% guru lelaki akan mewujudkan penindasan kepada guru wanita.

6. Rata-rata kerajaan di setiap sidang menjawab isu ini dengan mengatakan guru lelaki juga mempunyai hak. Guru lelaki juga tidak boleh ditindas. Akhirnya, tidak ada satu pihak pun yang dapat memutuskan hak siapa yang perlu dijaga, jantina mana yang tidak boleh ditindas.

7. Kerajaan perlu dengan mudah dan berani menyatakan bahawa tidak ada pihak pun yang tertindas. Tidak ada guru wanita yang perlu dipecat atau dibuang. Mengurangkan peratusan tidak bermakna kuantiti perlu dikurangkan. 

8. Contohnya, terdapat seorang guru lelaki dan seorang guru perempuan dalam satu bilik. Maka, peratusan guru di dalam bilik tersebut ialah 50% lelaki dan 50% perempuan. Seandainya, seorang lagi guru lelaki ditambah ke dalam bilik tersebut, peratusan guru lelaki sudah menjadi 66.66 % dan guru perempuan ialah 33.33%. Peratusan berkurang, tetapi kuantiti tidak. Tidak wujud isu penindasan.

9. Pembangkang yang bijak tidak akan berhujah mengenai penindasan kerana sekiranya 60 % guru wanita sudah dianggap penindasan, bagaimana pula 40% guru lelaki yang mempunyai peratusan yang lebih rendah? Andai formula "semakin rendah peratusan, semakin tinggi penindasan" digunakan, sudah tentu guru lelaki menjadi pihak yang paling tertindas.

10. Isu yang perlu dimanipulasi adalah perihal kualiti. Tuntutan pendidikan tidak boleh dinilai berdasarkan keperluan mengikut jantina, tetapi keperluan mengikut subjek. Terdapat guru lelaki yang tidak boleh menjalankan kerja-kerja fizikal yang berat, dan wujud juga guru wanita yang tidak boleh menjalankan aktiviti kewanitaan. Begitu juga, ada guru lelaki yang mempunyai ciri-ciri kewanitaan dan guru wanita yang sedikit keras atau bersifat kelakian. Penyelesaiannya, berbaliklah kepada sistem meritokrasi. 

11. Saya tertarik dengan kenyataan seorang pembahas yang menyatakan bahawa apabila kita mengklasifikasikan guru lelaki kebiasaannya mempunyai kekuatan fizikal, guru wanita kebiasaannya lembut sedikit, maka, inilah yang dinamakan sebagai diskriminasi. Sekali lagi, kesilapan dalam mentafsir maksud istilah "diskriminasi".

12. Tidak ada kaitan yang jelas antara klasifikasi jantina dengan diskriminasi. Penilaian tersebut cuma dilakukan berdasarkan kebiasaan. Sebagaimana kita menganggap pramugari mesti cantik, orang bersukan mesti sihat dan pemimpin perlu kemas. Memang wujud pramugari yang tua dan tidak cantik, orang bersukan yang menghidap diabetes dan pemimpin yang selekeh. Inilah yang dinamakan sebagai "kebiasaan". Adakah menyebut ayat-ayat tersebut membuktikan bahawa telah berlaku diskriminasi masyarakat mengikut rupa?

13. Dalam perbahasan mengenai isu ataupun usul yang lain, pembahas juga perlu sentiasa beringat bahawa tidak semua diskriminasi itu buruk. Hak asasi dan demokrasi pula tidak sesuai dalam semua perkara. 

14. Seandainya usul tertentu disokong kerana ingin memartabatkan demokrasi, bagaimana pula sekiranya dalam konteks usul, demokrasi akan mendatangkan keburukan. Maka, pihak lawan tidak perlu menafikan hujah kerajaan. Akui sahaja memang usul akan membantu memartabatkan demokrasi, tetapi, demokrasi dalam konteks usul akan mendatangkan keburukan. Kesimpulannya, usul mendatangkan keburukan.

15. Sekian sahaja perkongsian, maaf atas keterlanjuran. Terima Kasih.

Nov 5, 2012

Dewan Kini Ditangguhkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Selama 3 hari bermula hari Selasa sehingga Khamis (31/10 - 1/11), Pertandingan Debat Piala Tun Razak (PTR)telah diadakan. Sebanyak 10 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini dan sebanyak 14 buah pasukan telah bertanding termasung swing team. Berikut adalah senarai nama sekolah yang menyertai PTR :

1. Sekolah Menengah Sains Muzzaffar Shah
2. Kolej Melayu Kuala Kangsar
3. Kolej Tunku Kurshiah (2 pasukan)
4. Sekolah Menengah Sains Banting
5. Sekolah Tunku Abdul Rahman
6. Sekolah Menengah Sains Tunku Jaafar (2 pasukan)
7. Sekolah Seri Putri
8. Sekolah Dato' Abdul Razak (2 pasukan)
9. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
10. Sekolah Menengah agama Persekutuan Labu

Berikut adalah laporan bagi keputusan peringkat awal (preliminary round) SDAR A & B :

SDAR A
1. SDAR A vs TKC B = SDAR A (marjin 4)
2. SDAR A vs SMAP K = SDAR A (marjin 2)
3. SDAR A vs MOZAC = MOZAC ( marjin 1.67)
4. SDAR A vs STJ A = SDAR A (marjin 3)
5. SDAR A vs MOZAC = SDAR A (marjin 2)

SDAR B
1. SDAR B vs STJ B = SDAR B (marjin 2)
2. SDAR B vs MOZAC = MOZAC (marjin 1.67)
3. SDAR B vs TKC A = TKC A (marjin 2)
4. SDAR B vs SWING = SDAR B (marjin 1)
5. SDAR B vs STJ A = SDAR B (marjin 3)

Secara keseluruhannya, berikut adalah keputusan penuh preliminary round (mengikut ranking) :

1. SDAR A
2. MOZAC
3. SMAP L
4. STAR
5. SDAR B
6. SMAP K
7. SMS Banting
8. MCKK
9. SSP
10. TKC A
11. TKC B
12. STJ A
13. SWING 
14. STJ B

Selepas itu, berlangsung pula pusingan kalah mati dan pasukan yang layak ialah pasukan yang berada di tangga 8 teratas. Diperingkat suku akhir :

1. SDAR A vs MCKK = SDAR A (marjin 2)
2. STAR vs SDAR B = STAR (marjin 3)
3. MOZAC vs SMS Banting = MOZAC (marjin 2)
4. SMAP L vs SMAP K = SMAP K (marjin 2)

Diperingkat separuh akhir :

1. SDAR A vs STAR = SDAR A (marjin 2)
2. MOZAC vs SMAP K = MOZAC (marjin 2)

Dengan keputusan berikut, diperingkat akhir menemukan pasukan MOZAC selaku kerajaan dengan SDAR A selaku pembangkang, dan usulnya adalah "Identiti Pendidikan Di Malaysia Boleh Dibanggakan". Sepanjang dewan berlangsung, juri mendapati perlawanan berlaku dengan sengit. Oleh itu, dengan juri 7-0, marjin 1, pemenang Pertandingan Debat Piala Tun Razak diberi kepada Sekolah Menangah Sains Muzzaffar Shah, Melaka dan pembahas terbaik peringkat akhir diberi kepada Perdana Menteri, saudari Izyan Ainna daripada MOZAC. Manakala pembahas terbaik keseluruhan pula diberi kepada saudari Zulaikha, pelajar tingkatan 1 dari SMS Banting.

Walaupun kedua-dua pasukan SDAR tidak berjaya menjadi johan PTR, mereka telah melakukan usaha yang terbaik bagi pertandingan ini dan hasilnya, 4 orang pembahas dari SDAR telah mendapat anugerah 10 Pembahas Terbaik iaitu :

1. Mohd Aiman Bin Abu Hassan (no. 2)
2. Muhammad Helmi Bin Ahmad Jani ( no. 4)
3. Muhammad Hafidz Bin Zulkafli (no. 5)
4. Muhammad Rusyaidi Bin Rafie (no. 9)

Tidak terlupa juga pembahas yang tidak mendapat anugerah tersebut, mereka juga telah melakukan yang terbaik dan telah menempatkan diri di ranking 20 teratas iaitu :

1. Mohd Iqbal Bin Mohamad ( no. 13)
2. Ahmad Izzudin Bin Zambri ( no. 15)


Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan kemaafan kepada lagenda SDAR, pelajar tingkatan 5 kerana gagal untuk mempertahankan kejuaraan 2 kali berturut-turut dalam PTR. Kami juga ingin mengucakan jutaan terima kasih kepada Pn Noraisyah dan Pn Shariah kerana bertungkus lumus mengadakan pertandingan ini tanpa mengira penat dan lelah di samping perlu memikirkan kerja dan keluarga. Sekalung penghargaan kepada pihak pentadbir sekolah kerana meluluskan permohonan untuk mengadakan PTR ini. Tidak lupa juga bagi barisan juri dari pelbagai institusi kerana memberi kerjasama dengan kami bagi menghakimi pertandingan ini dengan adil dan saksama. Kepada sekolah yang menyertai, terima kasih kerana menghantar penyertaan bagi memeriahkan lagi pertandingan ini. Buat juara PTR tahun 2012, tahniah dan syabas atas kemenangan anda dan kami berharap agar dapat dipertemukan lagi dalam arena perdebatan. Bagi mereka yang tidak bernasib baik, jangan cepat berputus asa dan teruskan usaha anda untuk berjaya dalam perbahasan kerana setiap usaha kita pasti akan dibalas oleh Allah swt tetapi pastikan usaha anda berada dilandasan yang betul. Akhirnya, kami yakin dan percaya, masih banyak yang perlu diperbaiki , kami juga perlu bermuhasabah diri . Janji kami , aksi yang lebih menarik pasti akan kami sajikan selepas ini . Nantikan kemunculan kami.

Sekian terima kasih

Oct 17, 2012

MILF dan Filipina Materai Perjanjian


Kerajaan Filipina Dan MILF Meterai Perjanjian Damai Bersejarah
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada majlis jamuan tengahari sambil diperhatikan oleh Presiden Benigno S. Aquino III di Istana Malacanang di Manila, Isnin. Hadir sama ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. -© Bernama
MANILA: Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah menandatangani kerangka perjanjian damai secara rasmi di Istana Malacanang di sini hari ini bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina.
Detik bersejarah bagi memulakan proses penubuhan wilayah autonomi Bangsamoro itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Filipina, Benigno Aquino III, pada pukul 3 petang waktu tempatan.
Majlis yang turut disaksikan oleh Ketua MILF, Murad Ebrahim itu ditandatangani oleh wakil kerajaan Filipina, Marvic Leonen dan Ketua Perundingan Damai MILF, Mohagher Iqbal.
Malaysia menjadi pengantara perundingan damai antara kedua-dua pihak itu sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Oktober lepas.
Kedua-dua ketua kerajaan itu memuji perjanjian damai itu dengan Aquino menyifatkan ia sebagai membuka lembaran baru dalam sejarah negara itu manakala Najib berkata penduduk Bangsamoro memang berhak kepada keamanan.
Perdana Menteri, yang tiba bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor di sini semalam, berkata perjanjian itu merupakan peluang bagi memastikan penduduk Bangsamoro dapat menikmati manfaat daripada hasil perdamaian.
Bercakap pada majlis itu di Dewan Rizal, istana itu, Najib berkata perjanjian tersebut merupakan peluang bagi mengembalikan semula martabat penduduk wilayah selatan Filipina ekoran pegolakan selama empat dekad.
Sambil memberi jaminan Malaysia berdiri bersama rakyat Filipina dalam memastikan kerangka perjanjian damai berjalan lancar, Najib, semasa dalam ucapan 15 minit itu, berkata Kuala Lumpur sedia bertindak sebagai rakan dalam membantu merealisasikan sepenuhnya perjanjian perdamaian itu.
"Adalah menjadi harapan besar bahawa perjanjian ini membawa kepada era kesederhanaan baru yang mana amalan agama dan hak untuk hidup bersama tidak lagi menjadi isu konflik. Penduduk berbagai agama hidup bersama, disatukan dengan nilai-nilai sama di bawah perlembagaan sama.
"Perjanjian yang kita saksikan hari ini menandakan permulaan era baru di selatan Filipina. Saya mengucapkan tahniah kepada mereka yang menjayakan usaha ini dan saya tidak sabar-sabar menanti perjanjian muktamad nanti," kata Najib.
Majlis penuh bersejarah itu menandakan era baru dalam proses perdamaian di Mindanao yang mana pergolakan selama lebih 40 tahun itu telah meragut hampir 150,000 nyawa.
Kerangka perjanjian yang disifatkan sebagai 'perjanjian teras' itu bertindak sebagai pelan damai bagi penubuhan entiti baru Bangsamoro yang bakal menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao.
"Kerangka di depan kita akan membawa kepada akhirnya keganasan yang mengorbankan banyak nyawa dan memendekkan banyak peluang untuk masa depan. Ia akan melindungi hak penduduk Bangsamoro dan memelihara kedaulatan dan integriti wilayah Filipina.
"Ianya asas kukuh yang mana keamanan berkekalan boleh dibina," kata Najib yang mana ucapannya menerima tepukan gemuruh daripada hadiran yang membanjiri dewan tersebut.
Majlis menandatangani itu didahului dengan lagu kebangsaan Filipina dan disusuli dengan bacaan doa mengikut agama Islam dan Kristian.
Terdahulu, ketibaan Najib dan isteri di Istana Malacanang disambut oleh Aquino dan diberi sambutan rasmi.
Diiringi dengan presiden, Najib memeriksa barisan kehormat yang terdiri daripada Pengawal Presiden di perkarangan istana presiden itu.
Najib menegaskan bahawa kedua-dua pihak telah memberikan sesuatu dalam mencari medan persamaan dalam menghadapi perbezaan masing-masing.
"Rakyat selatan Filipina telah menerima segala-galanya dalam memilih keamanan daripada konflik, kestablian ke atas keadaan huru-hara dengan kedua-dua pihak menyatakan kepercayaan masing-masing bukan sahaja dalam prinsip demokrasi, keadilan dan toleransitetapi juga aplikasi mereka dalam khidmat mencapai kebaikan yang lebih besar," katanya.
Sambil menyatakan kesediaan membantu penduduk Bangsamoro, Najib berkata Malaysia sanggup menawarkan latihan dan pendidikan supaya kanak-kanak di wilayah itu boleh mengintai masa depan dan tidak seperti bagi ibu bapa mereka.
"Sejak beberapa dekad, Malaysia menjadi rumah kepada beribu-ribu penduduk mencari perlindungan daripada pergolakan itu. Generasi mereka tumbuh di negara kami, jauh daripada tanah pusaka mereka. Ia menjadi harapan kami bahawa perjanjian ini akan memulangkan semula tahanair kepada mereka. Bagi Mindanao, tidak akan lagi ada kehilangan generasi," kata Najib.
Ketika menyatakan kebanggaan negara diberi penghormatan dalam memainkan peranan mengatur perjanjian itu, Perdana Menteri berkata Malaysia sanggup membantu dalam membangunkan institusi di Mindanao supaya masyarakat Bangsamoro yang membesar di wilayah itu dapat diperkasakan lagi.
Malaysia juga sanggup membantu dalam bidang pembangunan tanah supaya golongan petani, yang merupakan bekas pejuang kemerdekaan di Bangsamoro, boleh menikmati hasil daripada keamanan yang dicapai, katanya.
Dalam ucapannya, Najib turut meningatkan bahawa perjanjian hari ini tidak merupakan titik penghujung tetapi suatu permulaan yang memerlukan banyak usaha dilaksanakan.
Beliau menegaskan kerangka perjanjian itu merupakan suatu dokumen bersejarah 'tetapi ia tidak menyelesaikan segala masalah'.
Sebaliknya, ia menetapkan parameter di mana kemungkinan keamanan berkekalan ditemui. Saya harap semua pihak terus mengiktiraf tanggungjawab masing-masing dalam usaha mencapai perjanjian muktamad," katanya.
Najib berkata bahawa dokumen ditandatangani hari ini adalah satu ungkapan amanah yang disandarkan oleh rakyat dalam proses perdamaian.
"Amanah ini ada atas usaha keras dan ia harus dilindungi, terutama sekali dihormati. Hanya mereka yang bertanggungjawab bagi konflik ini boleh menghalang daripada ianya berulang," katanya.
Di samping itu, beliau berkata pengiktirafan harus diberikan kepada ketua perunding Leonen dan Mohagher Iqbal dan pasukan masing-masing serta penyelaras Malaysia, Tengku Ab Ghafar Tengku Mohamed, yang turut menjadi saksi kepada perjanjian itu.
Sementara itu, Aquino dalam ucapannya, turut mengucapkan terima kasih kepada Najib dan kerajaan Malaysia atas usaha mereka menyelaras proses kedamaian tersebut.
Beliau juga turut memuji Tengku Mohamed atas kebijaksanaannya yang membolehkan kerajaan Filipina dan MILF mencapai satu persetujuan.
Dalam pada itu, Murad dalam ucapannya, turut mengucapkan terima kasih kepada Malaysia sambil merayu kepada puak lain di Mindanao iaitu Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), menyokong perjanjian tersebut dengan menyertai dalam proses pembangunan semula wilayah itu.
Majlis itu dihadiri antara lain Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Prof Ekmeleddin Thsanoglu.
Delegasi Malaysia terdiri daripada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. 

© Bernama.