Jun 14, 2013

Kenangan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh 2013

Assalamualaikum w.b.t.

Maaf atas kelewatan memberikan laporan penuh Kejohanan Bahas Piala Perdana Menteri, Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama  Penuh 2013 ini. Untuk pengetahuan semua, kejohanan ini merupakan antara kejohanan yang berprestij tinggi dan sememangnya menjadi idaman dan impian setiap insan yang bergelar pendebat yang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia. Penganjuran pada tahun ini memberikan kami satu peluang untuk mengenali dengan lebih dekat Sekolah Menengah Sains Selangor yang merupakan tuan rumah utama bersama dengan beberapa penganjur bersama iaitu Sekolah Menengah Sains Alam Shah dan Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. Berbekalkan azam dan semangat untuk membawa kejayaan yang lebih cemerlang berbanding kejohanan-kejohanan sebelum , kami telah bertolak ke Sekolah Menengah Sains Selangor pada tanggal 24 Mei 2013 yang lalu. 

Perkampungan selama enam hari di Sekolah Menengah Sains Alam Shah bersama-sama dengan guru pengiring kami, Puan Noraishah bt Sharif , guru pembimbing yang didatangkan khas dari Sekolah Menengah Sains Rembau , En. Muhammad bin Md. Derus dan para senior telah banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis buat kami semua.Tetapi, tidak semua kegembiraan bertahan buat selama-lamanya. Mungkin disebabkan nasib yang tidak menyebelahi kami di samping kesilapan-kesilapan kecil yang tidak diambil serius, kami telah ditewaskan oleh legasi pendebat cemerlang dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang di peringkat separuh akhir yang telah diadakan di Dewan Utama Sekolah Menengah Sains Selangor pada tanggal 29 Mei yang lalu. Namun kesedihan itu sedikit terubat apabila pendebat kedua Sekolah Dato' Abdul Razak, Saudara Mohammad Helmi bin Ahmad Jani telah diiktiraf di kedudukan 10 pembahas terbaik keseluruhan.

Akhirnya, Pasukan Debat Piala Perdana Menteri Sekolah Dato' Abdul Razak 2013 ingin mengucapkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada individu-individu mahupun gerakan yang telah bertanggungjawab memberikan kami bimbingan, sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang berlansungnya Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke- 40 yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Sains Selangor pada 24 hingga 29 Mei 2013 yang lalu.
Juga jutaan apresiasi kepada guru-guru yang setia membantu dan mengendalikan perjalanan kami di sana terutamanya untuk Puan Noraishah bt. Sharif selaku guru pengiring dan En. Muhammad bin Md. Derus selaku pembimbing setia. Tidak lupa juga kepada para senior atasan atas sokongan dan kepercayaan yang telah mereka berikan di samping ilmu-ilmu berguna yang selalu dicurahkan.Ribuan penghargaan juga buat barisan pentadbir sekolah terutamanya buat Puan Zainah binti Ahmad Sisman atas pandangan dan sokongan berterusan yang telah diberikan. 

Akhir kata , kami ingin memohon maaf atas kesilapan yang telah terjadi. Memang ada kekecewaan yang tersimpan di hati ini, tetapi kami yakin dan percaya kekalahan ini bakal menjadi satu platform penentu kejayaan kami di kejohanan-kejohanan yang akan datang.

Terima Kasih. 


Pusingan
Kerajaan vs Pembangkang
Usul
Keputusan
Pusingan 1
SDAR vs INTEK
Pertambahan Artis Muda Tempatan Merancakkan Hiburan Tanah Air
Usul : diterima
Pembahas Terbaik : Syahmi
Pusingan 2
INSTAR vs SDAR
Bahasa Melayu Penyatu Bangsa Malaysia
Usul : ditolak
Pembahas Terbaik : Helmi
Pusingan 3
SDAR vs SESTA
Sekolah Sukan Perlu Ditambah
Usul : diterima
Pembahas Terbaik : Pembangkang
Octo
SDAR vs SERATAS
Media Baharu Mengeratkan Perpaduan Kaum
Usul : diterima
Pembahas Terbaik : Helmi
Suku akhir
SCIPP vs SDAR
Generasi Y Aset Negara
Usul : ditolak
Pembahas Terbaik : Kerajaan
Separuh akhir
SMAPK vs SDAR
Pengiklanan Produk Menggalakkan Gaya Hidup Sihat
Usul diterima

Mar 28, 2013

Debaran Kian Memuncak


          Bismillahiramanirahim dan salam pembukaan kami ucapkan buat semua warga KSOS.Mungkin selama ini anda ternanti-nanti apa yang akan berlaku terhadap pasukan debat SDAR yang akan datang.Pada tahun ini ialah tahun pertama bagi muka-muka baru.Kami telah diuji dengan pelbagai cabaran.Bermulanya dengan Pertandingan Debat Musleh Antarabangsa sehingga yang terbaru dan akan datang ialah Kenyalang Debate Open 2013.

           Sebelum itu,kami mengucapkan jutaan terima kasih terhadap para guru dan bekas pembahas Sekolah Dato' Abdul Razak.Kami boleh katakan tanpa anda semua,kami tidak akan menimba ilmu yang begitu banyak ini.Kami berjanji akan lakukan yang terbaik dan cuba sedaya mungkin pada tahun ini.We will PROVE it.Kami juga ingin mengucapkan tahniah kapada Luqman Sufyan,Azfar Azhar dan Thalhah yang telah mendapat semua A dalam SPM.Sekadar memetik kata-kata Tuan Haji Zakaria,"Saya sungguh risau terhadap pembahas-pembahas kita."Akhirnya,mereka membuktikan debat bukan menjadi penghalang kepada mereka untuk berjaya.TAHNIAH.

            Kita sedia maklum HKSBP 2013 akan diadakan di SMS Selangor tidak lama lagi.Pasti tumpuan terarah kepada sekolah yang hebat dalam dunia debat ini.Antaranya ialah Sekolah Seri Puteri,Sekolah Tunku Abdul Rahman,Kolej Tunku Kurshiah dan selainya.Perhatian semua juga pasti akan terarah terhadap Kumpulan H yang dihuni lima buah sekolah.Semoga tahun ini menjadi tahun yang bertuah buat Sekolah Dato' Abdul Razak.Berikut merupakan undian kumpulan,skop dan tema pada tahun ini.




KUMPULAN A

A1 Sekolah Seri Puteri (SSP)
A2 SM Sains Alam Shah (ASIS)
A3 SM Sains Miri (Sainsri)
A4 SM Sains Sabah (SMESH)

KUMPULAN B

B1 Kolej Tunku Kurshian (KTK)
B2 SM Sains Kuching Utara (SMSKu)
B3 SM Sains Kuala Selangor (KUSESS)
B4 SBPI Jempol

KUMPULAN C

C1 SBPI Sabak Bernam (INTERSABER)
C2 SM Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)
C3 SM Sains Kuching (SMSK)
C4 SM Sains Labuan (SMSL)

KUMPULAN D 

D1  SBPI Batu Rakit (Brains)
D2 SM Sains Sultan Mahmud (SESMA)
D3 SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra  (SMSTMFP)
D4 Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)

KUMPULAN E 

E2 SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
E2 SM Sains Kota Tinggi (SAKTI)
E3 SMAP Labu (SMAP L)
E4 SM Sains Machang (SMACH)

KUMPULAN F

F1 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
F2 SM Sains Tuanku Syed Putra  (SMSTSP)
F3 SM Sains Sultan Iskandar
F4 SM Sains Johor (SMSJ)

KUMPULAN G

G1 SM Sains Tuanku Jaafar (STJ)
G2 SM Sembrong
G3 SBPI Temerloh
G4 SM Sains Pasir Putih(SMSPP)

KUMPULAN H

H1 SBPI Gombak
H2 SM Sains Muzahafar Shah (MOZAC)
H3 SMAP Kajang (SMAP K)
H4 Maktab Tentera Diraja (MTD)
H5 SM Sains Tengku Abdullah (SEMESTA)

KUMPULAN I

I1 Sekolah Tun Fatimah (STF)
I2 SM Sains Sultan Muhammad Jiwa
I3 SM Sains Sultan Ahmad Shah (SEMSAS)
I4 SBPI Rawang (SEPINTAR)
I5 SM Sains Kubang Pasu

KUMPULAN J

J1 Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS)
J2 SM Sains Seri Puteri (SESERI)
J3 SM Sains Kepala Batas (SAKBA)
J4 The Malay College Kuala Kangsar(MCKK)
J5  SM Sains Banting (BASIS)

KUMPULAN K

K1 SM Sains Tuanku Munawer (SASER)
K2 SM Sains Setiu
K3 Sm Sains Kuala Terengganu (SESTER)
K4 SM Sultan Abdul halim (SMSAH)

KUMPULAN L

L1 SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SOKSEK)
L2 SHAH, Pekan
L3 SBPI Selandar
L4 SM Sains Selangor (SMSS)

KUMPULAN M

M1 SM Sains Rembau (SEMESRA)
M2 SM Sains Teluk Intan (SEMESTI)
M3 SMAP Bentong
M4 SM Sains Hulu Terengganu (SAHUT)

Kumpulan N

N1 SBPI Gopeng (Igop)
N2 SM Sains Bagan Datoh (SABDA)
N3 SM Sains Pokok Sena (SAINA)
N4 SM Sains Batu Pahat (SEHEBAT)

KUMPULAN O

O1 SBPI Kubang Pasu (IKUPS)
O2 SM Sains Dungun (SEMERDU)
O3 SM Sains Muar (SAMURA)
O4 SM Sains Lahad Datu (SMLD)

KUMPULAN P

P1 Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)
P2 SBPI Kuantan 
P3 SBOI Tun Abdul Razak (INSTAR)
P4 SM Sains Tapah (SESTA)






TEMA BAHAS BAHASA MELAYU


PUSINGAN
TEMA
SKOP
1
HIBURAN
HIBURAN TANAH AIR
2
SOSIAL
PERPADUAN BANGSA
3
SUKAN
PELAPIS ATLET
4
PENDIDIKAN
KURIKULUM
5
PENDIDIKAN
KEMENJADIAN MURID
PUSINGAN 2
MEDIA
IMPAK MEDIA
SUKU AKHIR
SOSIAL
REMAJA
SEPARUH AKHIR
SOSIAL
(KESIHATAN)
PRODUK KESIHATAN














Jan 11, 2013

Himpunan Shamsidar



KUALA LUMPUR : -Penganjuran Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini yang bertujuan memastikan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah, dilihat sebagai gimik politik murahan pakatan pembangkang.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, himpunan tersebut hanya sekadar rancangan pembangkang untuk terus mengelirukan rakyat daripada mengetahui kebenaran.
"Adalah menjadi satu kemestian bagi pembangkang untuk mempergunakan dan menipu rakyat dengan mengadakan demonstrasi jalanan dari semasa ke semasa yang kononnya proses demokrasi.
"Himpunan Shamsidar adalah cubaan untuk mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah dan mengekang umum daripada mengetahui perkara sebenar," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan yang mendakwa pembangkang merancang mengadakan Himpunan Shamsida beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd., pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Kelmarin, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.
Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk Shamsidar bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Jelas Azwanddin, himpunan tersebut juga bertujuan memastikan Shamsidar tidak naik ke kandang saksi untuk memberi sebarang keterangan yang tidak menyebelahi pembangkang.

"Apa istimewanya dia sehingga tidak perlu tampil memberi keterangan? Setiap individu akan ke mahkamah untuk membuktikan mereka tidak bersalah.

"Kami ingin tahu, mengapa Shamsidar perlu takut menghadapi perbicaraan ini? Berani kerana benar, jika tidak salah, buktikan sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS),Hamidzun Khairuddin melahirkan rasa hairan dengan motif himpunan yang akan diadakan.

"Saya rasa amat pelik sekali, apa objektif sebenar penganjuran demonstrasi ini.

"Shamsidar harus berani naik ke mahkamah demi membersihkan nama dia dan keluarganya. Jangan cuba lari daripada undang-undang dengan sengaja mengadakan demonstrasi murahan," tegasnya.