Dec 8, 2009

Debat Piala Diraja 2009

Debat Piala Diraja pada tahun ini telah diadakan di Universiti Malaya antara 3-8 Disember yang lalu. Menariknya, pada tahun ini merupakan kali pertama debat yang paling berprestij antara debat yang lain di negara ini dibuka kepada instittut Pengajian Tinggi Swasta, dengan penyertaan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU).

Bagi kategori muda,perlawanan akhir telah menemukan UTP dengan USIM, dengan usul "Krisis Pemanasan Global: Kita Sudah Terlambat". Perlawanan yang agak sengit, dengan keputusan hakim usul ditolak, maka kemenangan berpihak kepada USIM.

Bagi kategori Utama pula, usul "Pembangunan Negara Bangsa Lebih Penting" telah menempatkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selaku Kerajaan manakala Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) sebagai pembangkang... Keputusan berpihak kepada UKM, maka usul diterima...

Dengan kehadiran Tunku Pro-Canselor, Raja Dr. Nazrin Shah, Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya begitu meriah dan sangat berprestij serta penuh berprotokol... Diharapkan agar kemeriahan sebegini akan berterusan untuk penganjuran Debat Diraja pada tahun hadapan....