Jun 14, 2013

Kenangan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh 2013

Assalamualaikum w.b.t.

Maaf atas kelewatan memberikan laporan penuh Kejohanan Bahas Piala Perdana Menteri, Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama  Penuh 2013 ini. Untuk pengetahuan semua, kejohanan ini merupakan antara kejohanan yang berprestij tinggi dan sememangnya menjadi idaman dan impian setiap insan yang bergelar pendebat yang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia. Penganjuran pada tahun ini memberikan kami satu peluang untuk mengenali dengan lebih dekat Sekolah Menengah Sains Selangor yang merupakan tuan rumah utama bersama dengan beberapa penganjur bersama iaitu Sekolah Menengah Sains Alam Shah dan Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. Berbekalkan azam dan semangat untuk membawa kejayaan yang lebih cemerlang berbanding kejohanan-kejohanan sebelum , kami telah bertolak ke Sekolah Menengah Sains Selangor pada tanggal 24 Mei 2013 yang lalu. 

Perkampungan selama enam hari di Sekolah Menengah Sains Alam Shah bersama-sama dengan guru pengiring kami, Puan Noraishah bt Sharif , guru pembimbing yang didatangkan khas dari Sekolah Menengah Sains Rembau , En. Muhammad bin Md. Derus dan para senior telah banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis buat kami semua.Tetapi, tidak semua kegembiraan bertahan buat selama-lamanya. Mungkin disebabkan nasib yang tidak menyebelahi kami di samping kesilapan-kesilapan kecil yang tidak diambil serius, kami telah ditewaskan oleh legasi pendebat cemerlang dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang di peringkat separuh akhir yang telah diadakan di Dewan Utama Sekolah Menengah Sains Selangor pada tanggal 29 Mei yang lalu. Namun kesedihan itu sedikit terubat apabila pendebat kedua Sekolah Dato' Abdul Razak, Saudara Mohammad Helmi bin Ahmad Jani telah diiktiraf di kedudukan 10 pembahas terbaik keseluruhan.

Akhirnya, Pasukan Debat Piala Perdana Menteri Sekolah Dato' Abdul Razak 2013 ingin mengucapkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada individu-individu mahupun gerakan yang telah bertanggungjawab memberikan kami bimbingan, sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang berlansungnya Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke- 40 yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Sains Selangor pada 24 hingga 29 Mei 2013 yang lalu.
Juga jutaan apresiasi kepada guru-guru yang setia membantu dan mengendalikan perjalanan kami di sana terutamanya untuk Puan Noraishah bt. Sharif selaku guru pengiring dan En. Muhammad bin Md. Derus selaku pembimbing setia. Tidak lupa juga kepada para senior atasan atas sokongan dan kepercayaan yang telah mereka berikan di samping ilmu-ilmu berguna yang selalu dicurahkan.Ribuan penghargaan juga buat barisan pentadbir sekolah terutamanya buat Puan Zainah binti Ahmad Sisman atas pandangan dan sokongan berterusan yang telah diberikan. 

Akhir kata , kami ingin memohon maaf atas kesilapan yang telah terjadi. Memang ada kekecewaan yang tersimpan di hati ini, tetapi kami yakin dan percaya kekalahan ini bakal menjadi satu platform penentu kejayaan kami di kejohanan-kejohanan yang akan datang.

Terima Kasih. 


Pusingan
Kerajaan vs Pembangkang
Usul
Keputusan
Pusingan 1
SDAR vs INTEK
Pertambahan Artis Muda Tempatan Merancakkan Hiburan Tanah Air
Usul : diterima
Pembahas Terbaik : Syahmi
Pusingan 2
INSTAR vs SDAR
Bahasa Melayu Penyatu Bangsa Malaysia
Usul : ditolak
Pembahas Terbaik : Helmi
Pusingan 3
SDAR vs SESTA
Sekolah Sukan Perlu Ditambah
Usul : diterima
Pembahas Terbaik : Pembangkang
Octo
SDAR vs SERATAS
Media Baharu Mengeratkan Perpaduan Kaum
Usul : diterima
Pembahas Terbaik : Helmi
Suku akhir
SCIPP vs SDAR
Generasi Y Aset Negara
Usul : ditolak
Pembahas Terbaik : Kerajaan
Separuh akhir
SMAPK vs SDAR
Pengiklanan Produk Menggalakkan Gaya Hidup Sihat
Usul diterima

No comments: