Feb 28, 2010

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh 2010 tiba lagi!!!

Berikut merupakan tuan-tuan rumah bagi setiap HKSBP Zon. Tarikh kejohanan adalah sama iaitu pada 11-13 Mac 2010,

Zon Utara - Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa
Zon Tengah - Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak
Zon Selatan - Sekolah Menengah Sains Muar
Zon Timur - Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh
Zon SQL - Sekolah Menengah Sains Kuching

Buat pengetahuan semua, bermula pada tahun ini pertandingan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dijalankan serentak pada peringkat zon dan hanya Johan dan Naib Johan sahaja yang akan mewakili zon masing-masing untuk ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan.

Pertandingan bola keranjang akan diadakan seperti biasa. Hanya johan dan naib johan setiap zon sahaja yang akan bertanding di peringkat Kebangsaan.

Buat semua kontinjen SDAR, semoga kejayaan tahun ini milik kita..

Buat para SDARian dan SDARA yang berkesempatan, anda semua juga dijemput turut sama hadir bagi memeriahkan kejohanan tersebut. Sokongan moral dan material daripada semua amat dialu-alukan.

Kepada pasukan debat SDAR,

“Biar halilintar dipasak bumi,
Biar guruh membelah lautan,
Berundur kita jangan sekali,
Keagungan SDAR kita teruskan...”

Feb 23, 2010

Debat Terbuka ASTAR, Universiti Malaya 2010


Kelab Seni Orator Sekolah Dato' Abdul Razak menyertai Pertandingan Debat Terbuka ASTAR, Universiti Malaya… KSOS telah digunakan sebagai nama pasukan atas sebab-sebab teknikal..
Pasukan ini telah dibarisi Saudara Adzlan Qushaimi, Luqman Sufyan, Mohamad Thalhah, dan Mustaqim…

Diiringi oleh Cikgu Muhammad dan Saudara Muhd Syafiq bin Hamidan…
Turut dibantu oleh bekas2 pelajar antaranya
Azzairi, Ahmad Munir, Abang Nizam, Azlan Daud, Sheikh Razi, Abang Azizi Abu Bakar dan Abang Zaki…
Juga dibantu oleh Abang Firdaus, Abang John, Abang Zulfadhli, Abang Ali Asyraf, Abang Istajib, Team UM A dan B, serta orang perseorangan yang lain…

------------------------------------------------------------------

Misi asal meletakkan 3 kemenangan diperingkat saringan…
Sebaliknya, apa yang berlaku sangat di luar jangkaan….
Maka, berikut keputusan pusingan peringkat saringan…

SESI 1:
KSOS vs UIAM B
Usul: Malaysia Boleh Sudah Tidak Lagi Relevan
Pendebat Terbaik: Thalhah (KSOS)

SESI 2:
KSOS vs UIAM D
Usul: Penstrukturan Subsidi Minyak: Tidak Perlu Tergesa-gesa
Pendebat Terbaik: Luqman (KSOS)

SESI 3:
KSOS vs UiTM A
Usul: Kipas angin lebih baik daripada pendingin hawa
Pendebat Terbaik: Luqman (KSOS)

SESI 4:
UPSI B vs KSOS
Usul: Obama: Mungkir Janji
Pendebat Terbaik: Adzlan (KSOS)

SESI 5:
KSOS vs UTP C
Usul: Politik Perkauman Masih Lagi Diyakini
Pendebat Terbaik: Luqman (KSOS)

SESI 6, Penentuan ke OCto Final:
UniMAP A vs KSOS
Usul: Fanatik EPL: FAM perlu bertindak
Pendebat Terbaik: Luqman (KSOS)

-------------------------------------------------------------------------

Kemenangan tersebut telah meletakkan kami di tangga ke 5 keseluruhan daripada 52 buah pasukan
Maka, bermulalah pusingan kalah mati…

OCTO FINAL:
KSOS vs UTeM B
Usul: Promosi 1Malaysia Sangat Berkesan
Pendebat Terbaik: 2nd speaker pembangkang (UTeM B)


SUKU AKHIR:
KSOS vs UiTM B
Usul: Kewangan Islam Saingan Kewangan Konvensional
Pendebat Terbaik: Adzlan (KSOS)


SEPARUH AKHIR:
KSOS vs UIAM A
Usul: Perlembagaan Persekutuan Tidak Lagi Dijunjung
Pendebat Terbaik: Luqman (KSOS)

Kekalahan tersebut meletakkan kami di perlawanan tempat ke-3 dan ke-4:
KSOS vs UMS
Usul: Anugerah Juara Lagu dipolitikkan
Pendebat Terbaik: Jufazli (UMS)


Maka, kami pun bergelarlah pemenang tempat ketiga dalam pertandingan Debat Terbuka ASTAR ini…




Mengepalai keseluruhan kontinjen KSOS, maka saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang telah banyak membantu dalam mengharungi cabaran ini...


Buat pihak sekolah, terima kasih atas kepercayaan membenarkan kami menyertai pertandingan ini... Juga buat Cikgu Muhammad bin Md Derus... Juga buat persatuan Bekas Pelajar, SDARA dan juga orang perseorangan...