Jul 31, 2011

IDC : Terubat juga hati..




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Memandangkan ramai yang telah ternanti-nanti laporan untuk kejohanan debat UIA pada tahun ini. Maka, tanpa melengahkan masa, silalah baca:

Untuk pengetahuan mereka yang tidak suka membaca, Kejohanan Debat Antara Sekolah Anjuran UIA atau lebih dikenali sebagai IDC ini telah mencecah 10 tahun umurnya. Namun, dalam sepanjang tempoh 10 tahun penganjurannya, SDAR tidak pernah berjaya menjejakkan kaki walaupun ke peringkat semi final.




Pada tahun ini, Ahli Majlis Tertinggi Debat KSOS telah membuat keputusan untuk menghantar empat orang pendebat ke kejohanan ini. Dengan hasrat dan matlamat memaksimumkan produktiviti dan kreativiti, keempat-empat pendebat diwajibkan untuk "on stage". Untuk posisi kerajaan, Azfar, Luqman dan Thalhah akan beraksi(nama mengikut susunan speaker). Manakala, untuk posisi pembangkang, barisan pendebat yang akan berjuang ialah Luqman, Syahmi dan Thalhah.


Alhamdulillah, sepanjang 6 pusingan awal, SDAR tidak pernah kecundang. Dalam pada masa yang sama, di samping menang keenam-enam pusingan, saudara Thalhah turut menggondoli anugerah "best speaker" dalam setiap perlawanan sepanjang pusingan awal berlangsung. Dengan jumlah 6 kali menang, dan pungutan sebanyak 24 margin, SDAR telah diletakkan pada ranking pertama di atas SMAP Kajang.


Maka, bermulah pusingan yang cukup mendebarkan iaitu pusingan kalah mati atau menang hidup. Untuk pengetahuan semua, SDAR telah mendapat posisi pembangkang untuk setiap perlawanan sepanjang pusingan ini berlangsung. Alhamdulillah, di peringkat octo SDAR telah menang dengan margin 6.33 mengalahkan SAMTEN. Di peringkat quarter, SSP telah tumpas di tangan pendebat SDAR dengan margin 1.25. Pentas semi final pula menyaksikan pasukan debat SDAR menumbangkan SMI Hidayah dengan margin 6, juri 5-0.

Akhirnya, setelah generasi demi generasi hidup dalam kemarau kemenangan untuk kejohanan UIA, tahun ini, kita berjaya mengorak langkah ke pentas akhir. Dengan usul "Pendidikan Luar Bandar Masih Dipinggirkan", juri 7-2, margin 2.5, SDAR menang! Hal ini menjadikan rekod kekalahan selama 9 tahun berjaya dipecahkan. Buat pertama kalinya, gelaran johan berjaya dirangkul.

Sebagai maklumat tambahan, sepanjang pusingan kalah mati/menang hidup berlangsung, saudara Luqman Sufyan telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik, termasuklah di pentas akhir. Saudara Thalhah telah menerima anugerah "Pendebat Terbaik Keseluruhan" dan turut menjadi pujaan atau kegilaan ramai(hahaha..perlu ke mention??hahaha).

Oleh itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan buat En Muhammad Md Derus (walau jauh di mata, tetap dekat di hati kami..), Cikgu Aishah, Abang Lagenda Azzairi, senior-senior yang sanggup bersama kami, senior-senior yang tak datang tapi tetap doakan kami, pihak pentadbiran dan semuanya. Jasa kalian tidak akan pernah kami lupakan, selagi kami kuat ingatan..

Akhir kata, walaupun kami hadir dengan nisbah lemak yang berbeza, ketampanan yang tidak pernah serupa.....perjuangan dan semangat kami akan tetap membara bersama. Biar bergoncang dunia,biar badai dan taufan melanda...kami akan tetap bersama. Apapun yang terjadi, kami akan tetap dengan perjuangan ini..


"Kekalahan yang telah banyak mencoret luka, itu sejarah dahulu kala..
Kemenangan yang membuat ramai tersenyum gembira, ini masa depan kita semua..
Kejayaan ini akan terus berkekalan. Ini janji saya.."

terima kasih.


Yang Benar,
Kapten tidak rasmi KSOS 2011..