Dec 31, 2011

Ilmu Dikongsi Bersama

Keputusan Penggunaan Biometrik Dalam Pilhanraya


SPR: Guna dakwat kekal PRU-13 muktamad, mahu semua terima syor Parlimen

December 21, 2011
KUALA LUMPUR, 21 Dis — Keputusan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 adalah muktamad dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya melaksanakan syor diluluskan Parlimen, tegas timbalan pengerusinya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.
Sehubungan itu kata beliau, tidak harus ada keraguan mengenai langkah tersebut yang akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin termasuk memastikan tidak bercanggah dengan prinsip Islam dan SPR juga berharap tidak akan ada pihak yang membantahnya lagi.
Semalam, Perkasa menolak keputusan SPR yang mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 atas alasan orang Melayu tidak akan keluar mengundi, selain mendakwa ia bertujuan mengurangkan peratusan pengundi kalangan kaum itu kelak.
Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.
Perkasa diketuai Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali.
“Keputusan ini (menggunakan) adalah muktamad, kami hanya laksanakan keputusan Parlimen,” kata Wan Ahmad kepada The Malaysian Insider mengulas kenyataan Perkasa.
Tegas beliau, apa gunanya sistem dakwat kekal, yang akan diwajibkan ke atas setiap pengundi bagi mencapai tujuannya, tetapi tidak digunakan dengan menyeluruh kelak, lebih-lebih lagi ia telah diluluskan oleh Parlimen.
“Kami melaksanakan apa yang diputuskan oleh Parlimen, syor yang dibuat oleh jawatankuasa pilihan khas (PSC)... yang diterima oleh ahli-ahli Parlimen, dari semua parti,” kata beliau sambil menambah, “itu terpulang kepada sesiapa kalau hendak mengeluarkan pandangan mereka.”
Katanya, dakwat kekal, sebagaimana objektifnya, akan digunakan untuk memastikan tiada elemen pengundian berganda kelak dan mengelakkan pertikaian-pertikaian yang dibangkitkan sebelum ini.
“Bermakna tidak timbul keraguan, masalah ketika hari pengundian. Dakwat kekal ini digunakan di kebanyakan negara-negara Islam,” kata beliau lagi.
Wan Ahmad (gambar)menekankan bahawa mengikut peraturan yang telah dipinda, di bawah pendekatan penggunaan dakwat kekal, kertas undi tidak akan diberikan jika seseorang enggan kuku jari mereka dicalit.
“Itu peruntukan di bawah sistem dakwat kekal. Ini peraturan. SPR melaksanakan tanggungjawab yang diputuskan oleh Parlimen, yang penting ini hasil syor PSC.
“Isu keraguan tidak harus timbul, tidak harus berbangkit lagi. Tidak harus timbul apa-apa keraguan kerana Majlis Fatwa Kebangsaan pernah memberi kelulusan (pada 2007), dan akan dikemukakan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan sekali lagi selepas ini,” katanya.
Majlis Fatwa Kebangsaan pernah memberi kelulusan kepada penggunaan dakwat kekal pada 2007 untuk digunakan pada pilihan raya umum 2008. Tetapi dakwat kekal tidak digunakan ekoran masalah teknikal dari segi perundangan.
SPR akan mengemukakan dakwat kekal kepada Majlis Fatwa Kebangsaan selepas dianalisis oleh Jabatan Kimia. Ia juga akan dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan.
“Dakwat kekal yang hendak digunakan kali ini lebih meyakinkan, digunakan oleh banyak negara, banyak negara Islam, negara yang ada pengundi Islam. Tidak menjadi masalah,” katanya lagi.
Wan Ahmad mengulangi bahawa SPR berharap semua pihak akan yakin dengan penggunaan dakwat kekal dan hanya melaksanakan apa yang diputuskan oleh PSC, malah “kita tidak ada apa-apa untuk sembunyikan.”
Dalam kenyataannya semalam, Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ia cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.
“Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.
“Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?” katanya.
Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13.

Ilmu Dikongsi Bersama

Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

Secara dasar MBMMBI adalah seperti berikut

Memartabatkan bahasa Malaysia melalui :
  1. Pendekatan  Pengajaran & Pembelajaran
  2. Guru bahasa Malaysia berkualiti
  3. Perluasan ICT dalam  Pengajaran & Pembelajaran
  4. Melaksanakan Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia di SK dan bahasa ibunda di SJKT dan SJKC.
Memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui :
  1. Penambahan waktu  Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Inggeris di SK, SM, SJKT dan SJKC
  2. Guru bahasa Inggeris yang berkualiti
  3. Pendekatan  Pengajaran & Pembelajaran Dalam Bahasa Inggeris
  4. Menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa.

Dec 27, 2011

Tinta Terakhir

Assalamualaikum wbt...
Bismillah...

Tinta terakhir. Itulah nama yang dicadangkan oleh Thalhah bagi post ini. Meskipun ini adalah kali pertama saya pernah menulis di blog KSOS, namun bagi menghormati permintaan beliau yang mempelawa dan membenarkan saya untuk menulis di sini, tidak mengapa...haha

Ini merupakan satu penghormatan untuk saya. Dalam 4 tahun saya bergelar pendebat BM SDAR, tidak keterlaluan jika saya katakan, saat melihat post Thalhah di FB untuk menulis tinta terakhir merupakan antara perkara yang boleh saya banggakan secara peribadi (maklumlah, juara Piala UIA 2011, siapa yang tidak kagum :D ).Mengambil kesempatan atas peluang yang diberi, saya memohon izin daripada anda semua untuk menulis sepuas dan sesuka hati dalam post tunggal saya ini...

2011 merupakan satu tahun yang penuh nostalgia bagi saya sebagai seorang pendebat. Permulaan yang agak baik, kita berjaya merangkul juara dalam Bahas AYSK dengan cemerlang. Dengan barisan rakan-rakan pendebat yang cemerlang, secara jujurnya saya menanam harapan untuk menjadikan 2011 sebagai tahun terbaik dalam karier debat saya di SDAR. Malangnya, kekalahan kami dalam peringkat separuh akhir di HKSBP mempunahkan harapan saya. Saya akui, hampir separuh gila juga saya akibat kekalahan tersebut. Sangat, amat tidak disangka-sangka. Sekaligus, harapan melihat ketiga-tiga pasukan HKSBP SDAR untuk mara ke final juga hilang begitu sahaja. Kemudian tiba pula Piala UIA, memberikan harapan baru untuk SDAR. Hati berkobar-kobar untuk turut serta, namun janji saya pada ibu, PPM adalah yang terakhir... mungkin kerana ibu tidak mahu saya terus kecewa seandainya kami turut kecundang UIA. Tapi lain pula yang jadi, SDAR berjuang dengan gagah, dan pulang dengan megah. UIA milik kita!!! Syukur kepada Allah...namun dalam kesyukuran itu, saya amat-amat terkilan kerana tidak dapat turut serta... tidak mengapa, mungkin inilah hikmah Tuhan dalam membalas usaha dan cita-cita kita selama ini...

Dengan itu, kisah debat di SDAR berakhir. Seandainya diwujudkan sebuah buku yang merekodkan sejarah debat SDAR, mungkin nama saya tercalon sebagai pendebat yang tecorot...haha. Ketawalah, dan teruslah ketawa mengenangkan kegagalan saya... namun saya memohon... sebagai seorang bekas pendebat,seorang bekas pelajar, dan seorang rakan... ambillah iktibar daripada kisah saya.

Saya menyertai debat kerana minat, dan kekaguman saya terhadap saudara Munir, F5 saya yang turut menjadi Kapten Blok Temenggung ketika itu. Dengan berbekalkan semangat semata-mata dan sifar pengalaman dalam bidang syarahan, saya bersama beberapa orang F1 menyertai pasukan debat ketika itu. Angka kami besar, lebih 10 sepuluh orang. Namun, satu persatu menarik diri. Ada yang hilang minat, ada yang mempunyai komitmen lain, ada yang akhirnya sedar mereka tidak dapat mewakili sekolah, dan terus keluar. Akhirnya, sehingga akhir tahun 2009, saya sahaja yang tinggal, keseorangan dan terpinga-pinga dalam menuntut ilmu perdebatan.Namun, saya berdebat untuk diri sendiri. Bukan untuk sesiapa pun. Malah, frasa 'berdebat untuk SDAR' itu hanya akan muncul dalam diri apabila menyertai pertandingan sahaja. Bukannya tidak sayangkan sekolah, tapi saya hanya inginkan kepuasan dalam perdebatan. Saya ingin menjadi seorang pendebat yang hebat... dikagumi dan dijadikan teladan, baik bagi junior SDAR dan dunia debat itu sendiri.

Ketika F4,saya terus bernaung dibawah tunjuk ajar Cikgu Muhammad. Saya sedikit kecewa, kerana tatkala pendebat F4 di SBP lain sudah mula menayang taring dan menunjukkan belang, saya pula terhegeh-hegeh menggalas beg dan mengangkat blazer rakan-rakan...haha. Menjadi simpanan ketika itu memerlukan motivasi yang tinggi dan telinga yang tebal. Maklumlah, daripada F2 sampai F4 asyik menjadi simpanan sahaja, memang banyaklah suara-suara sumbang yang mengejek dan menghina. Hati memang panas, namun pada masa yang sama, saya tetap tidak boleh mempertikaikan kebolehan Adzlan Qushaimi (3rd speaker 2010) yang sememangnya jauh lebih power daripada saya... haha. Akhirnya, gabungan 2 orang permata debat muda, seorang senior berbisa, dan seorang simpanan terlajak... SDAR menjadi Juara Piala Perdana Menteri 2010... Alhamdulillah...

Dalam kegagalan saya untuk menjadi seorang pendebat yang hebat, saya terharu kerana keluarga debat masih sanggup berkongsi ilmu dan terus memberi peluang. Cikgu Muhammad, yang tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmu. Tiap kali saya membuat kesilapan, pasti cikgu akan memberikan nasihat dan tunjuk ajar. Walaupun adakalanya saya sedikit bebal dan tidak faham bahasa... cikgu tetap ajar saya... terima kasih CIKGU MUHAMMAD!!! Rakan-rakan pendebat, Luqman, Thalhah, Azfar Azhar,Syahmi, Azfar Adlan. Terima kasih kerana atas persahabatan dan tunjuk ajar anda semua ketika saya masih pendebat SDAR. Mulut laser Luqman, telatah Thalhah dan lawak-lawak gila Azfar akan terus menjadi kenangan indah untuk saya. Guru-guru pembimbing, Pn Shariah dan Pn Noraisyah, yang telah berkorban masa dan tenaga bagi membantu kami semua, bertungkus lumus bagi memperjuangkan keperluan pendebat-pendebat SDAR... Terima kasih cikgu... Kepada senior-senior, bekas pelajar. Saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan kesanggupan untuk membantu kami di sini. Sesungguhnya tanpa anda semua, tidak mungkin Debat SDAR mampu melangkah sejauh ini.

Dan yang terakhir, khas buat junior-junior, pewaris legasi kegemilang KSOS. Saya bukanlah contoh pendebat yang terbaik. Janganlah jadikan rekod pencapaian sebagai target anda, jangan sekali-sekali! Namun, jadikanlah kisah saya sebagai pedoman. Ingat, semangat, cita-cita dan usaha sahaja tidak cukup, sebaliknya anda juga perlu bijak menggunakan peluang yang ada. Anda semua patut bersyukur kerana pada saat ini SDAR berada di kemuncak dunia debat SBP. Anda dinaungi oleh senior yang lengkap dalam skil perdebatan. SDAR sendiri mula memberi perhatian kepada anda, bagi meneruskan kejayaan Debat BM SDAR. Ambil peluang ini sebaiknya. Belajar dan koreklah ilmu secukupnya daripada mana-mana sumber di sekeliling anda (senior,video,jurulatih). Berlumbalah untuk mencari peluang untuk membuat mock debate, khususnya dengan sekolah-sekolah yang mantap. Harapan saya untuk anda semua, semoga lakaran sejarah debat anda di SDAR, merupakan sejarah yang lebih baik daripada sejarah saya... insyaallah.. :)

Akhir kata, terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk mencoretkan panjang lebar di sini. Minta maaf seandainya terkasar bahasa dan tersilap kata. Saya mendoakan kejayaan anda semua, keluarga besar Debat BM SDAR, dalam kehidupan, dan dalam apa sahaja anda perjuangkan. Assalamualakum...

Hidup Satu Kisah,Debat Kisah Indah
Mustaqim.


Pengakhiran 2011

bismillahhirrahmannirrahim....

tutup cerita 2011..
kini mari kita mulakan dengan lembaran baru....
dalam merangka objektif dan pencapaian masa hadapan..
seharusnya kita perlu meneliti dan mendalami kekurangan masa kini...
untuk 2012..
kami akan mula menggalas cabaran baru yang sebenarnya jauh lebih berat...
sedih akibat kehilangan piala ppm di bumi seremban..seharusnya matlamat untuk membawa pulang piala tersebut akan kami jadikan iktikat utama dalam menempuh cabaran 2012..
kami juga akan berusaha untuk mempertahankan kejuaraan tahun ini supaya tahun 2012 adalah milik kita semua...
ingin kami tegaskan disini..
walaupun tahun 2012 adalah tahun terakhir bagi luqman,thalhah,dan azfar..
ini tidak bermakna tanggungjawab dalam mengekalkan pencapaian adalah terletak di pundak bahu kami semata-mata...
kerana tahun 2012 sebanarnya adalah tahun untuk pendebat junior beraksi..
maklumlah,tahun ini juga adalah tahun spm bagi kami..
jadi sudah menjadi core business kami untuk mencapai keputusan cemerlang dalam spm..

selaku majlis tertinggi..
kami akan berusaha meyakinkan para guru,terutamanya pn.noraishah dan pn.shariah..
untuk memberikan lebih banyak ruang kepada pendebat junior untuk beraksi...
supaya apa yang telah kita bina akan sentiasa bertahan buat selama-lamanya...
tetapi dengan syarat anda perlu menunjukkan komitmen dan kesungguhan anda dalam memikul cabaran ini..
kepada saudara syahmi dan azfar adlan,tahniah atas pencapaian cemerlang dalam pmr 2011,dan kami meminta jasa baik anda untuk sentiasa membimbing para junior dalam meningkatkan prestasi mereka..
kerana secara ikhlasnya,kami agak risau dengan mutu dan tahap yang mereka miliki...
kita agak ketinggalan berbanding dengan seteru dan pencabar kita yang lain dari aspek pembangunan pelapis...

jadi..sama-samalah kita jadikan tahun 2012 sebagai tahun milik kita...tahun yang akan diingat buat selama-lamanya.....semoga piala perdana menteri akan kita rampas semula!....insyaallah...
ikhlas dari..azfar,luqman,dan thalhah

2011 : Suka Dan Duka

alhamdulillah....
tahun 2011 telah pun berlalu meninggalkan kita...
terlalu banyak suka duka dan pahit manis yg telah dilalui oleh ahli kelab ini...
tidak kiralah yang masih berjuang atau yang telah pergi sebagai alumni...
secara keseluruhannya bagi tahun 2011 kami telah menempa 2 kejuaraan, 1 naib johan,2 semi-final,3 anugerah pendebat terbaik keseluruhan dan 2 anugerah pendebat terbaik final...

untuk tahun 2011,ucapan terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada kapten pasukan,mustaqim marsidi yang telah banyak membantu kami...saudara mustaqim ini ialah antara insan yang wajar dicontohi oleh pendebat junior..kerana beliau bermula dari bawah...bermula dengan pendebat junior yang tidak pernah mendapat tempat....kemudian berjaya menempatkan diri sebagai simpanan...dan kini telah menjadi pendebat yang digeruni dengan beberapa kejuaraan...istimewanya..beliau sentiasa tabah menghadapi segala-galanya walaupun terpaksa mengangkat beg2 bahan ketika di usia f4...
tidak lupa juga kepada pn.noraishah yang telah banyak berkorban kepada kami..jasa baik cikgu akan kami kenang selama-lamanya...juga kepada en.muhammad md derus yang sentiasa yakin dan memberikan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami..dan jangan lupa ajak kami masa cigu nak kahwin nnt..heheh...juga kepada para alumni..tidak kira lah yang dekat sejengkal mahupun yang jauh beribu batu...sokongan,dorongan,nasihat,tunjuk ajar,dan keperihatinan anda sangat kami kagumi dan sanjungi..juga kepada guru2 yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung....
ikhlas dari kami,azfar,luqman,thalhah dan syahmi...