Dec 31, 2011
Ilmu Dikongsi Bersama
Ilmu Dikongsi Bersama
Secara dasar MBMMBI adalah seperti berikut
- Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
- Guru bahasa Malaysia berkualiti
- Perluasan ICT dalam Pengajaran & Pembelajaran
- Melaksanakan Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia di SK dan bahasa ibunda di SJKT dan SJKC.
- Penambahan waktu Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Inggeris di SK, SM, SJKT dan SJKC
- Guru bahasa Inggeris yang berkualiti
- Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran Dalam Bahasa Inggeris
- Menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa.
Dec 27, 2011
Tinta Terakhir
Ini merupakan satu penghormatan untuk saya. Dalam 4 tahun saya bergelar pendebat BM SDAR, tidak keterlaluan jika saya katakan, saat melihat post Thalhah di FB untuk menulis tinta terakhir merupakan antara perkara yang boleh saya banggakan secara peribadi (maklumlah, juara Piala UIA 2011, siapa yang tidak kagum :D ).Mengambil kesempatan atas peluang yang diberi, saya memohon izin daripada anda semua untuk menulis sepuas dan sesuka hati dalam post tunggal saya ini...
2011 merupakan satu tahun yang penuh nostalgia bagi saya sebagai seorang pendebat. Permulaan yang agak baik, kita berjaya merangkul juara dalam Bahas AYSK dengan cemerlang. Dengan barisan rakan-rakan pendebat yang cemerlang, secara jujurnya saya menanam harapan untuk menjadikan 2011 sebagai tahun terbaik dalam karier debat saya di SDAR. Malangnya, kekalahan kami dalam peringkat separuh akhir di HKSBP mempunahkan harapan saya. Saya akui, hampir separuh gila juga saya akibat kekalahan tersebut. Sangat, amat tidak disangka-sangka. Sekaligus, harapan melihat ketiga-tiga pasukan HKSBP SDAR untuk mara ke final juga hilang begitu sahaja. Kemudian tiba pula Piala UIA, memberikan harapan baru untuk SDAR. Hati berkobar-kobar untuk turut serta, namun janji saya pada ibu, PPM adalah yang terakhir... mungkin kerana ibu tidak mahu saya terus kecewa seandainya kami turut kecundang UIA. Tapi lain pula yang jadi, SDAR berjuang dengan gagah, dan pulang dengan megah. UIA milik kita!!! Syukur kepada Allah...namun dalam kesyukuran itu, saya amat-amat terkilan kerana tidak dapat turut serta... tidak mengapa, mungkin inilah hikmah Tuhan dalam membalas usaha dan cita-cita kita selama ini...
Dengan itu, kisah debat di SDAR berakhir. Seandainya diwujudkan sebuah buku yang merekodkan sejarah debat SDAR, mungkin nama saya tercalon sebagai pendebat yang tecorot...haha. Ketawalah, dan teruslah ketawa mengenangkan kegagalan saya... namun saya memohon... sebagai seorang bekas pendebat,seorang bekas pelajar, dan seorang rakan... ambillah iktibar daripada kisah saya.
Saya menyertai debat kerana minat, dan kekaguman saya terhadap saudara Munir, F5 saya yang turut menjadi Kapten Blok Temenggung ketika itu. Dengan berbekalkan semangat semata-mata dan sifar pengalaman dalam bidang syarahan, saya bersama beberapa orang F1 menyertai pasukan debat ketika itu. Angka kami besar, lebih 10 sepuluh orang. Namun, satu persatu menarik diri. Ada yang hilang minat, ada yang mempunyai komitmen lain, ada yang akhirnya sedar mereka tidak dapat mewakili sekolah, dan terus keluar. Akhirnya, sehingga akhir tahun 2009, saya sahaja yang tinggal, keseorangan dan terpinga-pinga dalam menuntut ilmu perdebatan.Namun, saya berdebat untuk diri sendiri. Bukan untuk sesiapa pun. Malah, frasa 'berdebat untuk SDAR' itu hanya akan muncul dalam diri apabila menyertai pertandingan sahaja. Bukannya tidak sayangkan sekolah, tapi saya hanya inginkan kepuasan dalam perdebatan. Saya ingin menjadi seorang pendebat yang hebat... dikagumi dan dijadikan teladan, baik bagi junior SDAR dan dunia debat itu sendiri.
Ketika F4,saya terus bernaung dibawah tunjuk ajar Cikgu Muhammad. Saya sedikit kecewa, kerana tatkala pendebat F4 di SBP lain sudah mula menayang taring dan menunjukkan belang, saya pula terhegeh-hegeh menggalas beg dan mengangkat blazer rakan-rakan...haha. Menjadi simpanan ketika itu memerlukan motivasi yang tinggi dan telinga yang tebal. Maklumlah, daripada F2 sampai F4 asyik menjadi simpanan sahaja, memang banyaklah suara-suara sumbang yang mengejek dan menghina. Hati memang panas, namun pada masa yang sama, saya tetap tidak boleh mempertikaikan kebolehan Adzlan Qushaimi (3rd speaker 2010) yang sememangnya jauh lebih power daripada saya... haha. Akhirnya, gabungan 2 orang permata debat muda, seorang senior berbisa, dan seorang simpanan terlajak... SDAR menjadi Juara Piala Perdana Menteri 2010... Alhamdulillah...
Dalam kegagalan saya untuk menjadi seorang pendebat yang hebat, saya terharu kerana keluarga debat masih sanggup berkongsi ilmu dan terus memberi peluang. Cikgu Muhammad, yang tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmu. Tiap kali saya membuat kesilapan, pasti cikgu akan memberikan nasihat dan tunjuk ajar. Walaupun adakalanya saya sedikit bebal dan tidak faham bahasa... cikgu tetap ajar saya... terima kasih CIKGU MUHAMMAD!!! Rakan-rakan pendebat, Luqman, Thalhah, Azfar Azhar,Syahmi, Azfar Adlan. Terima kasih kerana atas persahabatan dan tunjuk ajar anda semua ketika saya masih pendebat SDAR. Mulut laser Luqman, telatah Thalhah dan lawak-lawak gila Azfar akan terus menjadi kenangan indah untuk saya. Guru-guru pembimbing, Pn Shariah dan Pn Noraisyah, yang telah berkorban masa dan tenaga bagi membantu kami semua, bertungkus lumus bagi memperjuangkan keperluan pendebat-pendebat SDAR... Terima kasih cikgu... Kepada senior-senior, bekas pelajar. Saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan kesanggupan untuk membantu kami di sini. Sesungguhnya tanpa anda semua, tidak mungkin Debat SDAR mampu melangkah sejauh ini.
Dan yang terakhir, khas buat junior-junior, pewaris legasi kegemilang KSOS. Saya bukanlah contoh pendebat yang terbaik. Janganlah jadikan rekod pencapaian sebagai target anda, jangan sekali-sekali! Namun, jadikanlah kisah saya sebagai pedoman. Ingat, semangat, cita-cita dan usaha sahaja tidak cukup, sebaliknya anda juga perlu bijak menggunakan peluang yang ada. Anda semua patut bersyukur kerana pada saat ini SDAR berada di kemuncak dunia debat SBP. Anda dinaungi oleh senior yang lengkap dalam skil perdebatan. SDAR sendiri mula memberi perhatian kepada anda, bagi meneruskan kejayaan Debat BM SDAR. Ambil peluang ini sebaiknya. Belajar dan koreklah ilmu secukupnya daripada mana-mana sumber di sekeliling anda (senior,video,jurulatih). Berlumbalah untuk mencari peluang untuk membuat mock debate, khususnya dengan sekolah-sekolah yang mantap. Harapan saya untuk anda semua, semoga lakaran sejarah debat anda di SDAR, merupakan sejarah yang lebih baik daripada sejarah saya... insyaallah.. :)
Akhir kata, terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk mencoretkan panjang lebar di sini. Minta maaf seandainya terkasar bahasa dan tersilap kata. Saya mendoakan kejayaan anda semua, keluarga besar Debat BM SDAR, dalam kehidupan, dan dalam apa sahaja anda perjuangkan. Assalamualakum...
Hidup Satu Kisah,Debat Kisah Indah
Mustaqim.
Pengakhiran 2011
2011 : Suka Dan Duka
Jul 31, 2011
IDC : Terubat juga hati..



May 6, 2011
Debat Terbuka AYS
Feb 21, 2011
POSTO!
Dec 15, 2010
Debat Piala Diraja 2010 UTHM

Nov 7, 2010
Nukilan Rasa
Assalamualaikum sekalian pendebat, guru2 debat, abang2 debat, adik2 debat serta semua yang ada kena mengena dengan debat SDAR.
2011 hadir dengan beberapa pembaharuan. Yang paling jelas dengan guru pengiring yang disayangi, ibu2 yang berdedikasi, bilik debat yang semakin berseri, 3rd speaker yang berbakti , junior2 yang bercita cita tinggi, ada yang cuma tahu berangan dan bermimpi, dan 2 orang wira muda yang amat saya kasihi. 2011 bakal datang dengan misi baharu, cabaran baharu dan usaha yang pastinya perlu di 'baru' kan.
Apa yang hanya bermula dengan impian, kini berakhir dengan kenyataan. Namun harga sebuah impian yang ingin dinyatakan tidak semurah yang dilihat, yang difikir, yang disangkakan. Mental, fizikal, material, spiritual, emosi, semuanya disusahkan demi sebuah impian. Ada yang membenci dan tidak memahami, ada yang menyanjung dan menyokong. Air mata dan keringat, itulah yang akan diingat sampai kiamat. Kita sentiasa berjuang, dan akan terus berjuang. Ada yang berjuang demi bangsa, ada yang berjuang demi agama, demi cita-cita. Tidak salah untuk berjuang, sememangnya itu tujuan kita berpijak di bumi ini,. untuk berjuang. Namun perlu dinilai beberapa perkara, untuk siapa kita berjuang, dengan apa kita berjuang, atas landasan apa kita berjuang. Malah cabaran dan halangan akan sentiasa muncul sepanjang jalan perjuangan kita. It is not the matter how the troubles come, it is the matter how we face them. Ingatlah, sebagaimana bumi akan sentiasa ditimpa hujan, kita akan sentiasa didatangi masalah. Maka, hadapilah dengan penuh keterbukaan. Minda yang terbuka, emosi yang tenang, strategi yang cemerlang, gaya yang matang, dan pergantungan yang tinggi terhadap Tuhan. Setelah itu kita akan melihat masalah yang datang, sebagai bukan masalah lagi.
Mungkin tiada apa sangat yang dapat saya tinggalkan buat tatapan dan kaguman generasi depan. Justeru, setelah segala-gala yang terjadi, terima kasih dan minta maaf. Semoga pasukan debat SDAR akan terus menjadi pasukan yang digeruni, seperti Manshester United dan Chelsea dalam EPL, Barcelona dan Real Madrid dalam La Liga, Spain dan Brazil dalam World Cup (tapi Barca tetap terbaik).....
Wassalaam,
Adzlan Jamaludin
Koambir Diraja
Mantan Kapten Pasukan Debat SDAR 2009/2010
Nov 5, 2010
Aug 2, 2010
Piala Perdana Menteri: Bumi Seremban ia semadi..~
Piala Perdana Menteri telah berlangsung pada 31 Julai yang lalu
Bertempat di Hall B, PICC..
Usul: UPSR dan PMR wajar dihapuskan
Kerajaan: SBPI Gombak
Pembangkang: Sekolah Dato' Abdul Razak
Keberangkatan kami ke PICC pada Khamis 29 Julai benar-benar berbekalkan harapan yang tinggi..
Amanah dan tanggungjawab yang digalas ke bahu kami,
terasa bagaikan memikul seangkasa langit..
Bertemankan Cikgu Aisyah, sampai juga kami di Amani Hotel,,
Jumaat, 30 Julai,,
Rehearsal di PICC..
Sedikit lewat tamatnya di sana..
Tidak mengapa..
Setelah kehadiran Abang Syafiq, Illyas, Sheikh, Munir, Hazwan, Adri dan sebagainya,
kami sempat ber'mock' debat dengan mereka,..
Usul yang dipilih: UPSR dan PMR wajar dimansuhkan..
Bekas pelajar kerajaan, kami pembangkang...
Sedikit2 demi sedikit usul dikupas oleh Cikgu Muhammad dan Abang Ghiyatudin..
Tidak lupa juga pada Abang Nazif atas sumbangan makanan dan accomodation lain..
Pada masa yang sama,
abang-abang lain sibuk menyiapkan keperluan kami..
Menggilap kasut, membersihkan songkok, mengemas bahan-bahan, menggosok pakaian, serta menyarungkan tanda nama di Blazer kami..
*Terima Kasih tidak terhingga....
Jun 16, 2010
Usul Pertandingan Debat Piala Universiti UKM 2010
POLITIK
1.Sudah Tiba Masanya, Sistem Dua Parti Dilaksanakan
2.Pilihanraya Kecil Perlu Dimansuhkan
3.Satu Malaysia Pemangkin Pembangunan Negara Bangsa
4.Kesatuan Eropah Wajar Menerima Turki
5.Demi Kesejahteraan : Baju Merah dan Baju Kuning Perlu Bersatu
6.Pelan Transformasi Negara Jawapan Terbaik
7.Krisis Kekacauan Thailand Tanggungjawab Kerajaan
8.Demonstrasi Lambang Demokrasi
9.Kuasa Veto Mengancam Keamanan Dunia
10.Gaji Wakil Rakyat Wajar Dinaikkan
11.ISA Melindungi Keselamatan Rakyat
12.Wawasan 2020 Masih Lagi Relevan
13.Fenomena Lompat Parti Perlu Dihalang
14.Kita Perlukan Politik Perkauman
15.Hak Asasi di Malaysia : Indah Khabar Dari Rupa
EKONOMI
1.Model Ekonomi Baru Hanya Sekadar Gimik
2.F1 Satu Malaysia, Satu Pembaziran
3.Bioteknologi Menjana Ekonomi Negara
4.ASEAN Perlu Menjadi Blok Ekonomi
5.Krisis Ekonomi : Sektor Pertanian adalah Perisainya
6.Bank Dunia Penyelamat Negara Dunia Ketiga
7.Krisis Kewangan Greek : Kesatuan Eropah Gagal
8.Pasar Raya Besar, Lubuk Emas IKS
9.Mahasiswa Kita Boros
10.Air Asia Punca MAS Lemas
SOSIAL
1.Cinta Adamaya Masih Lagi Relevan
2.Facebook : Lebih Sudu daripada Kuah
3.Badminton Malaysia Masih Ada Harapan
4.Kempen Membaca : Kita Tidak Prihatin
5.Rakan Muda : Seperti Melepas Batuk Ditangga
6.Poligami Perlu Disokong
7.Ratu Cantik Lambang Keamanan Dunia
8.Gosip Mengangkat Artis Malaysia
9.Transeksual Wajar Diberikan Hak Sama Rata
10.YouTube : Kreativiti Melampau
11.Upin Ipin Simbol Perpaduan
12.Penempatan Guru di Pedalaman adalah Wajar
13.Isu Pembuangan Bayi : Salah Kerajaan
14.Demi Perpaduan : Kebebasan Media Perlu Dikawal
15.UPSR : Tidak Wajar Dihapuskan
Coretan HKSBP Kebangsaan
Setibanya di SCIPP Semasa Cabutan undi
Cabutan Undi lagi Sesi basuhan minda
Berehat sebentar bersama guru Antara guru yang hadir…
Sesi latihan Usaha tangga kejayaan katanya
Tekun!! Sedikit pesanan daripada JU
Gembira tak terhingga Matlamat tercapai akhirnya!!
Saat menentang KTK Pertemuan SMAP Kajang
Sekalung tahniah buat semua Pembahas Terbaik Keseluruhan
Saat menunggu keputusan inilah hasilnya untuk SDAR!
Akhir kata, sekalung tahniah buat semua yang membantu secara langsung dan tidak langsung dansemoga berjaya di Peringkat Akhir menentang SBPI Gombak…
Gambar ehsan daripada: En. Muhammad Md. Derus dan Pn. Noraishah Sharif
Jun 10, 2010
SDAR ke pentas akhir PPM 2010
akhirnya Pasukan Debat Bahasa Melayu SDAR
akan beraksi di pentas akhir
Pertandingan Bahas Bahasa Melayu
Piala Perdana Menteri 2010
Nampaknya, penantian selama hampir 30 tahun berjaya membuahkan hasil..
untuk pengetahuan semua,
SDAR akan bertemu SMS Integrasi Gombak
Di kesempatan ini,
kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat
* Pentadbiran SDAR di bawah pimpinan Tuan Pengetua Cemerlang
Tuan Haji Zakaria bin Md. Zin
Guru-guru Penolong Kanan
Guru-guru kanan matapelajaran;
Pn Shariah Shariff terutamanya...
*En Muhammad bin Md Derus selaku jurulatih pasukan
*Pn Noraishah binti Mohd Shariff selaku pengiring pasukan
Warga SDAR keseluruhannya...
Dan juga para SDARA yang telah banyak menyumbang wang, tenaga dan harta benda...
jasa kalian tidak mungkin dapat dibalas dan tidak akan dilupakan...
Tahniah juga buat pendebat BM SDAR
di bawah pimpinan
Thalhah bin Kamarol Zaman
Muhd Luqman Sufyan Junaidi
dan Mohd Mustaqim bin Mohd Marsidi
Akhir kata,
Terbilang Tradisi Kami..
p/s: tahniah juga buat Redwings SDAR dengan pencapaian ketiga dalam Bola Keranjang...
May 15, 2010
Piala Tun Sri Lanang IDC 2010
