Oct 13, 2012

Pertandingan Debat Piala Tun Razak Ke-3 2012


Maklumat Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2012

Tarikh                : 30 Oktober - 1 November  2012
Hari                   : Selasa, Rabu dan Khamis
Tempat              : Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, 71450 Sungai Gadut, Seremban.

Syarat-Syarat Pertandingan Debat Ala Parlimen 2012
1.   Pertandingan ini merupakan Debat Ala Parlimen kategori Bahasa Melayu sahaja
2.  Setiap pasukan akan diwakili oleh 4 orang peserta (3 peserta utama & seorang simpanan)
3.  Pertandingan akan dijalankan berdasarkan format Debat Ala Parlimen dan menggunakan      sistem powermacth berkumpulan.
4.  Melalui sistem ini, setiap pasukan akan berdebat sebanyak 5 kali dalam pusingan awal.
5.  Pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir akan diadakan secara menang-mara.

Syarat-Syarat Penyertaan
1. Bagi kategori Debat Ala Parlimen, setiap sekolah dibenarkan untuk menghantar satu pasukan sahaja. Sebarang pertanyaan penyertaan untuk pasukan kedua hanya dibenarkan selepas 18 Oktober 2012.
2. Peserta hanya boleh terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sahaja (pasukan pelapis).
3. Pihak sekolah diminta untuk mengesahkan penyertaan dengan mengfakskan borang penyertaan kepada pihak penganjur sebelum atau pada 18 Oktober 2012  (Khamis).

Makluman Yuran Penyertaan
1. Yuran penyertaan untuk pertandingan ini adalah RM250.00 bagi setiap pasukan.
2. Bagi guru pengiring, RM50.00 dikenakan untuk setiap guru.
3. Yuran ini termasuklah bayaran penginapan dan makanan sepanjang tempoh pertandingan.
4. Pembayaran dibuat pada hari pendaftaran secara tunai kepada urus setia pertandingan ataupun melalui cek atas nama KOPERASI SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK BERHAD. 

Tentatif Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2012

Selasa (30 Oktober 2012)

2:00 petang – 6:00 petang                : Pendaftaran & Check in dorm
6:00 petang – 8:00 malam                 : Makan malam & Solat maghrib
8:15 malam – 8:45 malam                  : Briefing
9:00 malam – 11:00 malam                : Pusingan 1
11:00 malam – 11:15 malam              : Supper & Solat Isyak
11:30 malam – 12:30 malam              : Balik ke Asrama dan rehat

Rabu (31 Oktober 2012)

7:00 pagi – 8:00 pagi                         : Sarapan pagi
8:15 pagi – 10:15 pagi                       : Pusingan ke-2
10:30 pagi – 12:30 tgh/hari               : Pusingan ke-3
12:30 tgh/hari – 1:45 petang            : Makan tengahari & Solat Zuhur
1: 45 petang – 3:45 petang               : Pusingan ke-4
3:45 petang – 4:30 petang                : Minum Petang
4:45 petang – 6:45 petang                : Pusingan ke-5 ( Silent Round )
6:45 petang – 8:15 malam                 : Makan malam & Solat Maghrib
8:30 malam – 11:00 malam                : Pengumuman keputusan pusingan ke-5 & Suku Akhir (Silent Round)
11:00 malam – 11:30 malam              : Supper & Solat Isyak
11:30 malam – 12:30 malam              : Balik ke Asrama & Rehat

Khamis (1 November 2012)

7:15 pagi – 8:15 pg                             : Sarapan pagi
8:15 pagi – 8:30 pagi                          : Pengumuman Keputusan Suku Akhir 
8:30 pagi – 10:30 pagi                        : Separuh Akhir ( Keputusan di sidang )
10:30 pagi hingga                               : Rehat
12:00 tengah hari                                : Release motion ( Pasukan Final ) – 1 Jam
12:00 tengah hari hingga                   : Final ( Dewan Tun Abdul Razak )
 2:45 petang                                         : Majlis Perasmian Penutupan
2:15 petang – 2:45 petang                  : Makan tengahari & Solat Zuhur
2:45 petang – 6:00 petang                  : Pergerakan balik ( Pengangkutan sendiri )

Sebarang informasi terkini sila rujuk kepada Facebook Pertandingan  @ Debat Piala Tun Razak 2012 .

Sep 21, 2012

Sekitar Bahas Akhir PPM 2012

Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri 2012
Edisi ketiga penyertaan Sekolah Dato' Abdul Razak dalam pentas akhir menyaksikan pertembungan sengit antara musuh tradisi , Sekolah Seri Puteri .Dengan usul " Penguasaan Teknologi Maklumat Menjamin Kestabilan Negara ", Sekolah Dato' Abdul Razak diwakili oleh 3 pembahas utama tingkatan 5 iaitu Saudara Luqman Sufyan bin Junaidi , Saudara Azfar bin Azhar dan Saudara Thalhah bin Kamarolzaman serta seorang pembahas simpanan , Saudara Muhammad Syahmi bin Rosli.Persediaan kami dibantu oleh alumni , junior dan rakan-rakan telah bermula seawal minggu ketiga sebelum pertandingan. Pasukan junior telah ditugaskan untuk mencari bahan bagi Pertandingan Akhir manakala beberapa orang daripada mereka telah diserap untuk melakukan latihan bersama kami . Sehari sebelum Pertandingan Akhir, kami telah melalui sesi latihan bersama Jurulatih , En. Muhammad dan Alumni Debat SDAR. Pelbagai ilmu baru telah dipelajari daripada sesi latihan tersebut. Hari pertandingan , perasaan gemuruh dan gementar menjadi sebahagian dari kehidupan kami . Hari ini adalah hari untuk menentukan segala usaha dan penat lelah yang telah kami lakukan sepanjang kami di arena ini. Selesai perbahasan , kami berdiri gementar dan tawakal dengan keputusan yang akan diumumkan. Kami tahu ,kami sudah melakukan yang terbaik . Namun nasib tidak menyebelahi kami , mungkin ada kesilapan yang masih perlu untuk diperbaiki . Satu kekalahan bermaruah buat kami . Harapan kami agar ini dijadikan teladan dan model untuk kejayaan masa hadapan. Akhir sekali , terima kasih dan penghargaan daripada kami kepada Cikgu Aisyah , Cikgu Mad , Alumni Debat ( Abg. Syafiq dan rakan-rakan ) , junior-junior seterusnya kepada semua penyokong setia menjadi tulang belakang kejayaan kami .

Once a SDARians ,  Always a SDARians

Jun 28, 2012

Ini Hadiah Kami Buat Anda Semua...

Bismillahhirrahmanirahim.....
Selesai sudah perjalanan kami bagi pertandingan IDC2012 pada tahun ini.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Berikut merupakan keputusan penuh sepanjang pertandingan ini.

Sesi 1.
SDAR(k) vs SAINA(p)
Usul : Dewan Ini Akan Memansuhkan PTPTN.
Pemenang : SDAR
Pembahas Terbaik : Muhammad Thalhah Bin Kamarolzaman

Sesi 2.
SDAR(K) vs MRSM Pengkalan Hulu (p)
Usul : Dewan Ini Akan Menghapuskan Program Realiti TV Serta-Merta.
Pemenang : SDAR
Pembahas Terbaik : Muhammad Azfar Bin Azhar

Sesi 3.
SDAR(p) vs TKC(k)
Usul : Dewan Ini Akan Menubuhkan Sekolah 1 Malaysia Demi Perpaduan.
Pemenang : SDAR
Margin : 2
Pembahas Terbaik : Muhammad Thalhah Bin Kamarolzaman

Sesi 4.
SDAR(k) vs SBPI Kuantan(p)
Usul : Anak Dara Perlukan Jamu.
Pemenang : SDAR
Margin : 3
Pembahas Terbaik : Muhammad Luqman Sufyan Bin Junaidi

Sesi 5.
SDAR(k) vs STAR(p)
Usul : Demi Ekonomi ASEAN Dewan Ini Akan Menangguhkan Perlaksanaan Komuniti ASEAN 2015
Pemenang : STAR
Margin : -1
Pembahas Terbaik :  Muhammad Luqman Sufyan Bin Junaidi

Sesi 6.
SDAR(k) vs MRSM Tun Ghafar Baba(p)
Usul : Dewan Ini Akan Mewajibkan Individu Berumur 18 Tahun Ke Atas Mengundi.
Pemenang : SDAR
Margin : 5
Pembahas Terbaik :  Muhammad Luqman Sufyan Bin Junaidi

Selepas 6 pusingan awal,alhamdulillah kami berada di tangga ke 2 dengan margin 18.SDAR berada di kelompok 8 teratas dan secara automatik layak untuk ke pusingan Octo Final.

Octo Final.
SDAR(k) vs MRSM BATU PAHAT(p)
Usul : Dewan Ini Akan Merombak PBB
Pemenang : SDAR
Pembahas Terbaik :  Muhammad Luqman Sufyan Bin Junaidi

Suku Akhir.
SDAR(k) vs KISAS(p)
Usul : Pendidikan Percuma Lebih Baik.
Pemenang : SDAR
Pembahas Terbaik :  Muhammad Luqman Sufyan Bin Junaidi

Separuh Akhir.
SDAR(k) vs STAR(p)
Usul : Pembangunan Terancang Perlu Untuk Pengekalan Alam Sekitar.
Pemenang : SDAR.
Pembahas Terbaik :  Muhammad Luqman Sufyan Bin Junaidi

Final.
SDAR(p) vs SBPI Kuantan(k)
Usul : Malaysia Sudah Bersedia Menjadi Hab Pendidikan Dunia.
Pembahas Terbaik Final : Muhammad Luqman Sufyan Bin Junaidi

Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya mengekalkan kejuaraan IDC ini buat kali kedua berturut-turut.Setelah menempuh hari yang panjang di UIA dan saingan yang hebat daripada pelbagai pasukan. Kami berasa amat bersyukur karana tuhan masih mengurniakan ruang dan peluang untuk kami mencipta nama buat kali kedua .Tahniah juga buat saudara Luqman yang menjadi pendebat terbaik keseluruhan dan pendebat terbaik final.Tahniah juga Thalhah Kamarolzaman yang menduduki tangga ke 2 pendebat terbaik keseluruhan dan saudara Azfar Azhar di tangga 199.

Diharapkan generasi akan datang akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk terus mengekalkan Piala Tun Sri Lanang ini di bumi Seremban.Sesungguhnya kejayaan ini merupakan hadiah kami buat para guru dan SDARA terutamanya Cikgu Muhammad , Cikgu Aishah , Cikgu Farah , Abang Azzairi, Abang Ilyas, Abang Aidil dan semua yang turut membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam pelbagai aspek

Kemenangan Kami Adalah Kemenangan Anda Juga..
Thanks To All SDARians

Sejarah Perjalanan Beribu Batu..

Permulaan suatu kisah perjalanan. Tahun 2009, kali pertama mula berjinak-jinak dalam dunia debat peringkat IPT di Universiti Malaya. 2 minggu tempoh berkampung, menimba segala ilmu. Kemudian, demi harga secebis pengalaman, kami menjadi pasukan swing untuk debat diraja..



Tahun berikutnya, penyertaan di ASTAR.





Terima kasih semua. Buat Cikgu Muhammad, cikgu-cikgu, para alumni, tanpa kalian, mungkin sukar untuk kami berdiri sebagaimana kami berdiri hari ini..

Setiap kejayaan pasti akan ada kepahitan dan kesusahan... 

Piala Perdana Menteri : Kami Berjaya Di Bumi Ipoh

Maaf atas kelewatan laporan Kejohanan Debat Piala Perdana Menteri untuk tahunan ini yang telah berlangsung di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak.

Pusingan 1
SDAR (kerajaan) VS MOZAC (pembangkang)
Industri Hiburan Pilihan Kerjaya Remaja
SDAR Menang
Luqman Sufyan Pendebat Terbaik

Pusingan 2
SDAR (kerajaan) VS SMACH (pembangkang)
Penganjuran Sukan Bertaraf Antarabangsa Meningkatkan Ekonomi Negara
SDAR Menang
Thalhah Pendebat Terbaik

Pusingan 3
SDAR (kerajaan) VS SESTA (pembangkang)
Pendidikan Teknik dan Vokasional Untuk Semua Sekolah
SDAR Menang
Luqman Sufyan Pendebat Terbaik


Alhadulillah, SDAR berjaya melangkah ke peringkat kalah mati.

Pusingan XY
SOKSEK (kerajaan) VS SDAR (pembangkang)
Produk Kesihatan Meningkatkan Kualiti Hidup
SDAR Menang
Luqman Sufyan Pendebat Terbaik

Pusingan Suku Akhir
KTK (kerajaan) VS SDAR (pembangkang)
Pemberian Subsidi Perlu Diteruskan
SDAR Menang
Luqman Sufyan Pendebat Terbaik

Pusingan Separuh Akhir
SDAR (kerajaan) VS INTERGOMB (pembangkang)
Generasi Y Berdaya Maju
SDAR Menang
Luqman Sufyan Pendebat Terbaik

Akhirnya, setelah mengharungi detik perjalanan perjuangan yang panjang, SDAR berjaya melayakkan diri untuk melangkah ke pentas final dengan gelaran Pendebat Terbaik Keseluruhan diberikan kepada Muhammad Luqman Sufyan Bin Mohd Junaidi. Terima kasih atas doa dan sokongan semua.



Dec 31, 2011

Ilmu Dikongsi Bersama

Keputusan Penggunaan Biometrik Dalam Pilhanraya


SPR: Guna dakwat kekal PRU-13 muktamad, mahu semua terima syor Parlimen

December 21, 2011
KUALA LUMPUR, 21 Dis — Keputusan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 adalah muktamad dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya melaksanakan syor diluluskan Parlimen, tegas timbalan pengerusinya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.
Sehubungan itu kata beliau, tidak harus ada keraguan mengenai langkah tersebut yang akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin termasuk memastikan tidak bercanggah dengan prinsip Islam dan SPR juga berharap tidak akan ada pihak yang membantahnya lagi.
Semalam, Perkasa menolak keputusan SPR yang mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 atas alasan orang Melayu tidak akan keluar mengundi, selain mendakwa ia bertujuan mengurangkan peratusan pengundi kalangan kaum itu kelak.
Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.
Perkasa diketuai Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali.
“Keputusan ini (menggunakan) adalah muktamad, kami hanya laksanakan keputusan Parlimen,” kata Wan Ahmad kepada The Malaysian Insider mengulas kenyataan Perkasa.
Tegas beliau, apa gunanya sistem dakwat kekal, yang akan diwajibkan ke atas setiap pengundi bagi mencapai tujuannya, tetapi tidak digunakan dengan menyeluruh kelak, lebih-lebih lagi ia telah diluluskan oleh Parlimen.
“Kami melaksanakan apa yang diputuskan oleh Parlimen, syor yang dibuat oleh jawatankuasa pilihan khas (PSC)... yang diterima oleh ahli-ahli Parlimen, dari semua parti,” kata beliau sambil menambah, “itu terpulang kepada sesiapa kalau hendak mengeluarkan pandangan mereka.”
Katanya, dakwat kekal, sebagaimana objektifnya, akan digunakan untuk memastikan tiada elemen pengundian berganda kelak dan mengelakkan pertikaian-pertikaian yang dibangkitkan sebelum ini.
“Bermakna tidak timbul keraguan, masalah ketika hari pengundian. Dakwat kekal ini digunakan di kebanyakan negara-negara Islam,” kata beliau lagi.
Wan Ahmad (gambar)menekankan bahawa mengikut peraturan yang telah dipinda, di bawah pendekatan penggunaan dakwat kekal, kertas undi tidak akan diberikan jika seseorang enggan kuku jari mereka dicalit.
“Itu peruntukan di bawah sistem dakwat kekal. Ini peraturan. SPR melaksanakan tanggungjawab yang diputuskan oleh Parlimen, yang penting ini hasil syor PSC.
“Isu keraguan tidak harus timbul, tidak harus berbangkit lagi. Tidak harus timbul apa-apa keraguan kerana Majlis Fatwa Kebangsaan pernah memberi kelulusan (pada 2007), dan akan dikemukakan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan sekali lagi selepas ini,” katanya.
Majlis Fatwa Kebangsaan pernah memberi kelulusan kepada penggunaan dakwat kekal pada 2007 untuk digunakan pada pilihan raya umum 2008. Tetapi dakwat kekal tidak digunakan ekoran masalah teknikal dari segi perundangan.
SPR akan mengemukakan dakwat kekal kepada Majlis Fatwa Kebangsaan selepas dianalisis oleh Jabatan Kimia. Ia juga akan dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan.
“Dakwat kekal yang hendak digunakan kali ini lebih meyakinkan, digunakan oleh banyak negara, banyak negara Islam, negara yang ada pengundi Islam. Tidak menjadi masalah,” katanya lagi.
Wan Ahmad mengulangi bahawa SPR berharap semua pihak akan yakin dengan penggunaan dakwat kekal dan hanya melaksanakan apa yang diputuskan oleh PSC, malah “kita tidak ada apa-apa untuk sembunyikan.”
Dalam kenyataannya semalam, Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ia cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.
“Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.
“Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?” katanya.
Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13.

Ilmu Dikongsi Bersama

Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

Secara dasar MBMMBI adalah seperti berikut

Memartabatkan bahasa Malaysia melalui :
  1. Pendekatan  Pengajaran & Pembelajaran
  2. Guru bahasa Malaysia berkualiti
  3. Perluasan ICT dalam  Pengajaran & Pembelajaran
  4. Melaksanakan Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia di SK dan bahasa ibunda di SJKT dan SJKC.
Memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui :
  1. Penambahan waktu  Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Inggeris di SK, SM, SJKT dan SJKC
  2. Guru bahasa Inggeris yang berkualiti
  3. Pendekatan  Pengajaran & Pembelajaran Dalam Bahasa Inggeris
  4. Menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa.

Dec 27, 2011

Tinta Terakhir

Assalamualaikum wbt...
Bismillah...

Tinta terakhir. Itulah nama yang dicadangkan oleh Thalhah bagi post ini. Meskipun ini adalah kali pertama saya pernah menulis di blog KSOS, namun bagi menghormati permintaan beliau yang mempelawa dan membenarkan saya untuk menulis di sini, tidak mengapa...haha

Ini merupakan satu penghormatan untuk saya. Dalam 4 tahun saya bergelar pendebat BM SDAR, tidak keterlaluan jika saya katakan, saat melihat post Thalhah di FB untuk menulis tinta terakhir merupakan antara perkara yang boleh saya banggakan secara peribadi (maklumlah, juara Piala UIA 2011, siapa yang tidak kagum :D ).Mengambil kesempatan atas peluang yang diberi, saya memohon izin daripada anda semua untuk menulis sepuas dan sesuka hati dalam post tunggal saya ini...

2011 merupakan satu tahun yang penuh nostalgia bagi saya sebagai seorang pendebat. Permulaan yang agak baik, kita berjaya merangkul juara dalam Bahas AYSK dengan cemerlang. Dengan barisan rakan-rakan pendebat yang cemerlang, secara jujurnya saya menanam harapan untuk menjadikan 2011 sebagai tahun terbaik dalam karier debat saya di SDAR. Malangnya, kekalahan kami dalam peringkat separuh akhir di HKSBP mempunahkan harapan saya. Saya akui, hampir separuh gila juga saya akibat kekalahan tersebut. Sangat, amat tidak disangka-sangka. Sekaligus, harapan melihat ketiga-tiga pasukan HKSBP SDAR untuk mara ke final juga hilang begitu sahaja. Kemudian tiba pula Piala UIA, memberikan harapan baru untuk SDAR. Hati berkobar-kobar untuk turut serta, namun janji saya pada ibu, PPM adalah yang terakhir... mungkin kerana ibu tidak mahu saya terus kecewa seandainya kami turut kecundang UIA. Tapi lain pula yang jadi, SDAR berjuang dengan gagah, dan pulang dengan megah. UIA milik kita!!! Syukur kepada Allah...namun dalam kesyukuran itu, saya amat-amat terkilan kerana tidak dapat turut serta... tidak mengapa, mungkin inilah hikmah Tuhan dalam membalas usaha dan cita-cita kita selama ini...

Dengan itu, kisah debat di SDAR berakhir. Seandainya diwujudkan sebuah buku yang merekodkan sejarah debat SDAR, mungkin nama saya tercalon sebagai pendebat yang tecorot...haha. Ketawalah, dan teruslah ketawa mengenangkan kegagalan saya... namun saya memohon... sebagai seorang bekas pendebat,seorang bekas pelajar, dan seorang rakan... ambillah iktibar daripada kisah saya.

Saya menyertai debat kerana minat, dan kekaguman saya terhadap saudara Munir, F5 saya yang turut menjadi Kapten Blok Temenggung ketika itu. Dengan berbekalkan semangat semata-mata dan sifar pengalaman dalam bidang syarahan, saya bersama beberapa orang F1 menyertai pasukan debat ketika itu. Angka kami besar, lebih 10 sepuluh orang. Namun, satu persatu menarik diri. Ada yang hilang minat, ada yang mempunyai komitmen lain, ada yang akhirnya sedar mereka tidak dapat mewakili sekolah, dan terus keluar. Akhirnya, sehingga akhir tahun 2009, saya sahaja yang tinggal, keseorangan dan terpinga-pinga dalam menuntut ilmu perdebatan.Namun, saya berdebat untuk diri sendiri. Bukan untuk sesiapa pun. Malah, frasa 'berdebat untuk SDAR' itu hanya akan muncul dalam diri apabila menyertai pertandingan sahaja. Bukannya tidak sayangkan sekolah, tapi saya hanya inginkan kepuasan dalam perdebatan. Saya ingin menjadi seorang pendebat yang hebat... dikagumi dan dijadikan teladan, baik bagi junior SDAR dan dunia debat itu sendiri.

Ketika F4,saya terus bernaung dibawah tunjuk ajar Cikgu Muhammad. Saya sedikit kecewa, kerana tatkala pendebat F4 di SBP lain sudah mula menayang taring dan menunjukkan belang, saya pula terhegeh-hegeh menggalas beg dan mengangkat blazer rakan-rakan...haha. Menjadi simpanan ketika itu memerlukan motivasi yang tinggi dan telinga yang tebal. Maklumlah, daripada F2 sampai F4 asyik menjadi simpanan sahaja, memang banyaklah suara-suara sumbang yang mengejek dan menghina. Hati memang panas, namun pada masa yang sama, saya tetap tidak boleh mempertikaikan kebolehan Adzlan Qushaimi (3rd speaker 2010) yang sememangnya jauh lebih power daripada saya... haha. Akhirnya, gabungan 2 orang permata debat muda, seorang senior berbisa, dan seorang simpanan terlajak... SDAR menjadi Juara Piala Perdana Menteri 2010... Alhamdulillah...

Dalam kegagalan saya untuk menjadi seorang pendebat yang hebat, saya terharu kerana keluarga debat masih sanggup berkongsi ilmu dan terus memberi peluang. Cikgu Muhammad, yang tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmu. Tiap kali saya membuat kesilapan, pasti cikgu akan memberikan nasihat dan tunjuk ajar. Walaupun adakalanya saya sedikit bebal dan tidak faham bahasa... cikgu tetap ajar saya... terima kasih CIKGU MUHAMMAD!!! Rakan-rakan pendebat, Luqman, Thalhah, Azfar Azhar,Syahmi, Azfar Adlan. Terima kasih kerana atas persahabatan dan tunjuk ajar anda semua ketika saya masih pendebat SDAR. Mulut laser Luqman, telatah Thalhah dan lawak-lawak gila Azfar akan terus menjadi kenangan indah untuk saya. Guru-guru pembimbing, Pn Shariah dan Pn Noraisyah, yang telah berkorban masa dan tenaga bagi membantu kami semua, bertungkus lumus bagi memperjuangkan keperluan pendebat-pendebat SDAR... Terima kasih cikgu... Kepada senior-senior, bekas pelajar. Saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan kesanggupan untuk membantu kami di sini. Sesungguhnya tanpa anda semua, tidak mungkin Debat SDAR mampu melangkah sejauh ini.

Dan yang terakhir, khas buat junior-junior, pewaris legasi kegemilang KSOS. Saya bukanlah contoh pendebat yang terbaik. Janganlah jadikan rekod pencapaian sebagai target anda, jangan sekali-sekali! Namun, jadikanlah kisah saya sebagai pedoman. Ingat, semangat, cita-cita dan usaha sahaja tidak cukup, sebaliknya anda juga perlu bijak menggunakan peluang yang ada. Anda semua patut bersyukur kerana pada saat ini SDAR berada di kemuncak dunia debat SBP. Anda dinaungi oleh senior yang lengkap dalam skil perdebatan. SDAR sendiri mula memberi perhatian kepada anda, bagi meneruskan kejayaan Debat BM SDAR. Ambil peluang ini sebaiknya. Belajar dan koreklah ilmu secukupnya daripada mana-mana sumber di sekeliling anda (senior,video,jurulatih). Berlumbalah untuk mencari peluang untuk membuat mock debate, khususnya dengan sekolah-sekolah yang mantap. Harapan saya untuk anda semua, semoga lakaran sejarah debat anda di SDAR, merupakan sejarah yang lebih baik daripada sejarah saya... insyaallah.. :)

Akhir kata, terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk mencoretkan panjang lebar di sini. Minta maaf seandainya terkasar bahasa dan tersilap kata. Saya mendoakan kejayaan anda semua, keluarga besar Debat BM SDAR, dalam kehidupan, dan dalam apa sahaja anda perjuangkan. Assalamualakum...

Hidup Satu Kisah,Debat Kisah Indah
Mustaqim.


Pengakhiran 2011

bismillahhirrahmannirrahim....

tutup cerita 2011..
kini mari kita mulakan dengan lembaran baru....
dalam merangka objektif dan pencapaian masa hadapan..
seharusnya kita perlu meneliti dan mendalami kekurangan masa kini...
untuk 2012..
kami akan mula menggalas cabaran baru yang sebenarnya jauh lebih berat...
sedih akibat kehilangan piala ppm di bumi seremban..seharusnya matlamat untuk membawa pulang piala tersebut akan kami jadikan iktikat utama dalam menempuh cabaran 2012..
kami juga akan berusaha untuk mempertahankan kejuaraan tahun ini supaya tahun 2012 adalah milik kita semua...
ingin kami tegaskan disini..
walaupun tahun 2012 adalah tahun terakhir bagi luqman,thalhah,dan azfar..
ini tidak bermakna tanggungjawab dalam mengekalkan pencapaian adalah terletak di pundak bahu kami semata-mata...
kerana tahun 2012 sebanarnya adalah tahun untuk pendebat junior beraksi..
maklumlah,tahun ini juga adalah tahun spm bagi kami..
jadi sudah menjadi core business kami untuk mencapai keputusan cemerlang dalam spm..

selaku majlis tertinggi..
kami akan berusaha meyakinkan para guru,terutamanya pn.noraishah dan pn.shariah..
untuk memberikan lebih banyak ruang kepada pendebat junior untuk beraksi...
supaya apa yang telah kita bina akan sentiasa bertahan buat selama-lamanya...
tetapi dengan syarat anda perlu menunjukkan komitmen dan kesungguhan anda dalam memikul cabaran ini..
kepada saudara syahmi dan azfar adlan,tahniah atas pencapaian cemerlang dalam pmr 2011,dan kami meminta jasa baik anda untuk sentiasa membimbing para junior dalam meningkatkan prestasi mereka..
kerana secara ikhlasnya,kami agak risau dengan mutu dan tahap yang mereka miliki...
kita agak ketinggalan berbanding dengan seteru dan pencabar kita yang lain dari aspek pembangunan pelapis...

jadi..sama-samalah kita jadikan tahun 2012 sebagai tahun milik kita...tahun yang akan diingat buat selama-lamanya.....semoga piala perdana menteri akan kita rampas semula!....insyaallah...
ikhlas dari..azfar,luqman,dan thalhah

2011 : Suka Dan Duka

alhamdulillah....
tahun 2011 telah pun berlalu meninggalkan kita...
terlalu banyak suka duka dan pahit manis yg telah dilalui oleh ahli kelab ini...
tidak kiralah yang masih berjuang atau yang telah pergi sebagai alumni...
secara keseluruhannya bagi tahun 2011 kami telah menempa 2 kejuaraan, 1 naib johan,2 semi-final,3 anugerah pendebat terbaik keseluruhan dan 2 anugerah pendebat terbaik final...

untuk tahun 2011,ucapan terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada kapten pasukan,mustaqim marsidi yang telah banyak membantu kami...saudara mustaqim ini ialah antara insan yang wajar dicontohi oleh pendebat junior..kerana beliau bermula dari bawah...bermula dengan pendebat junior yang tidak pernah mendapat tempat....kemudian berjaya menempatkan diri sebagai simpanan...dan kini telah menjadi pendebat yang digeruni dengan beberapa kejuaraan...istimewanya..beliau sentiasa tabah menghadapi segala-galanya walaupun terpaksa mengangkat beg2 bahan ketika di usia f4...
tidak lupa juga kepada pn.noraishah yang telah banyak berkorban kepada kami..jasa baik cikgu akan kami kenang selama-lamanya...juga kepada en.muhammad md derus yang sentiasa yakin dan memberikan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami..dan jangan lupa ajak kami masa cigu nak kahwin nnt..heheh...juga kepada para alumni..tidak kira lah yang dekat sejengkal mahupun yang jauh beribu batu...sokongan,dorongan,nasihat,tunjuk ajar,dan keperihatinan anda sangat kami kagumi dan sanjungi..juga kepada guru2 yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung....
ikhlas dari kami,azfar,luqman,thalhah dan syahmi...

Jul 31, 2011

IDC : Terubat juga hati..




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Memandangkan ramai yang telah ternanti-nanti laporan untuk kejohanan debat UIA pada tahun ini. Maka, tanpa melengahkan masa, silalah baca:

Untuk pengetahuan mereka yang tidak suka membaca, Kejohanan Debat Antara Sekolah Anjuran UIA atau lebih dikenali sebagai IDC ini telah mencecah 10 tahun umurnya. Namun, dalam sepanjang tempoh 10 tahun penganjurannya, SDAR tidak pernah berjaya menjejakkan kaki walaupun ke peringkat semi final.




Pada tahun ini, Ahli Majlis Tertinggi Debat KSOS telah membuat keputusan untuk menghantar empat orang pendebat ke kejohanan ini. Dengan hasrat dan matlamat memaksimumkan produktiviti dan kreativiti, keempat-empat pendebat diwajibkan untuk "on stage". Untuk posisi kerajaan, Azfar, Luqman dan Thalhah akan beraksi(nama mengikut susunan speaker). Manakala, untuk posisi pembangkang, barisan pendebat yang akan berjuang ialah Luqman, Syahmi dan Thalhah.


Alhamdulillah, sepanjang 6 pusingan awal, SDAR tidak pernah kecundang. Dalam pada masa yang sama, di samping menang keenam-enam pusingan, saudara Thalhah turut menggondoli anugerah "best speaker" dalam setiap perlawanan sepanjang pusingan awal berlangsung. Dengan jumlah 6 kali menang, dan pungutan sebanyak 24 margin, SDAR telah diletakkan pada ranking pertama di atas SMAP Kajang.


Maka, bermulah pusingan yang cukup mendebarkan iaitu pusingan kalah mati atau menang hidup. Untuk pengetahuan semua, SDAR telah mendapat posisi pembangkang untuk setiap perlawanan sepanjang pusingan ini berlangsung. Alhamdulillah, di peringkat octo SDAR telah menang dengan margin 6.33 mengalahkan SAMTEN. Di peringkat quarter, SSP telah tumpas di tangan pendebat SDAR dengan margin 1.25. Pentas semi final pula menyaksikan pasukan debat SDAR menumbangkan SMI Hidayah dengan margin 6, juri 5-0.

Akhirnya, setelah generasi demi generasi hidup dalam kemarau kemenangan untuk kejohanan UIA, tahun ini, kita berjaya mengorak langkah ke pentas akhir. Dengan usul "Pendidikan Luar Bandar Masih Dipinggirkan", juri 7-2, margin 2.5, SDAR menang! Hal ini menjadikan rekod kekalahan selama 9 tahun berjaya dipecahkan. Buat pertama kalinya, gelaran johan berjaya dirangkul.

Sebagai maklumat tambahan, sepanjang pusingan kalah mati/menang hidup berlangsung, saudara Luqman Sufyan telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik, termasuklah di pentas akhir. Saudara Thalhah telah menerima anugerah "Pendebat Terbaik Keseluruhan" dan turut menjadi pujaan atau kegilaan ramai(hahaha..perlu ke mention??hahaha).

Oleh itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan buat En Muhammad Md Derus (walau jauh di mata, tetap dekat di hati kami..), Cikgu Aishah, Abang Lagenda Azzairi, senior-senior yang sanggup bersama kami, senior-senior yang tak datang tapi tetap doakan kami, pihak pentadbiran dan semuanya. Jasa kalian tidak akan pernah kami lupakan, selagi kami kuat ingatan..

Akhir kata, walaupun kami hadir dengan nisbah lemak yang berbeza, ketampanan yang tidak pernah serupa.....perjuangan dan semangat kami akan tetap membara bersama. Biar bergoncang dunia,biar badai dan taufan melanda...kami akan tetap bersama. Apapun yang terjadi, kami akan tetap dengan perjuangan ini..


"Kekalahan yang telah banyak mencoret luka, itu sejarah dahulu kala..
Kemenangan yang membuat ramai tersenyum gembira, ini masa depan kita semua..
Kejayaan ini akan terus berkekalan. Ini janji saya.."

terima kasih.


Yang Benar,
Kapten tidak rasmi KSOS 2011..

May 6, 2011

Debat Terbuka AYS

Tahniah buat pasukan Kelab Seni Orator SDAR A dan B atas kejayaan sebagai masing-masing Johan dan ke suku akhir di Debat Terbuka AYS 2011.

-Alumni Debat-

Feb 21, 2011

POSTO!

Assalamualaikum...

Ini sedikit bingkisan daripada saya, Adzlan Jamaludin buat tatapan para pendebat SDAR. Semoga maju jaya.


Ini blog saudara Khairul Nizam Bakery atau Bonsai, pendebat lagenda daripada UITM.
Rajin-rajinkanlah diri untuk skrol, baca, ingat dan amalkan. Bagi yang tau adab, pandai-pandailah tinggalkan komen terima kasih kepada saudara Bonsai ni.
Sekian terima kasih, Debat Satu Kisah, debat Kisah Indah...










Dec 15, 2010

Debat Piala Diraja 2010 UTHM


Pertandingan Debat Diraja peringkat IPT seluruh Malaysia akan diadakan di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) bermula 17 Disember. PErtandingan tersebut dijangka akan berlangsung sehingga 22 Disember.

Pada tahun ini, ada sedikit kelainan yang dilakukan. Pasukan Muda kini hanya akan dipertemukan sesama pasukan Muda sahaja dan tidak lagi perlu berjumpa dengan pasukan Untama pada peringkat saringan. Serta pada tahun ini juga, senarai usul tidak lagi diberikan sebaliknya hanya tema bagi setiap perlawanan sahaja yang dimaklumkan terlebih dahulu. Maka, berikut merupakan senarai tema bagi usul-usul pertandingan tersebut.

Mewakili Kelab Seni Orator SDAR, kami ingin mengucapkan selamat berjuang dan semoga berjaya kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding

Nov 7, 2010

Nukilan Rasa


Assalamualaikum sekalian pendebat, guru2 debat, abang2 debat, adik2 debat serta semua yang ada kena mengena dengan debat SDAR.

Semoga sihat dan bahagia semuanya.

Masa datang dan pergi, seperti kenderaan yang berhenti di tol dan RNR, yang datang akan pergi jua (kecuali pekerja kat situ kena la datang balik). Begitu juga dengan tahun 2010 yang telah datang dengan pelbagai kisah dan pergi dengan pelbagai sejarah, walaupun tidak semuanya indah. 2010 akhirnya akan pergi meninggalkan kita. Ia pergi membawa Cikgu Muhammad, kebanggaan memenangi PPM, pergi membawa peluang untuk bersama-sama, ada yang dibawa pergi ke Australia, dan yang paling tidak penting pergi membawa saya daripada line up pasukan.
Kita lihat apa yang hadir bersama 2011...

2011 hadir dengan beberapa pembaharuan. Yang paling jelas dengan guru pengiring yang disayangi, ibu2 yang berdedikasi, bilik debat yang semakin berseri, 3rd speaker yang berbakti , junior2 yang bercita cita tinggi, ada yang cuma tahu berangan dan bermimpi, dan 2 orang wira muda yang amat saya kasihi. 2011 bakal datang dengan misi baharu, cabaran baharu dan usaha yang pastinya perlu di 'baru' kan.

Apa yang hanya bermula dengan impian, kini berakhir dengan kenyataan. Namun harga sebuah impian yang ingin dinyatakan tidak semurah yang dilihat, yang difikir, yang disangkakan. Mental, fizikal, material, spiritual, emosi, semuanya disusahkan demi sebuah impian. Ada yang membenci dan tidak memahami, ada yang menyanjung dan menyokong. Air mata dan keringat, itulah yang akan diingat sampai kiamat. Kita sentiasa berjuang, dan akan terus berjuang. Ada yang berjuang demi bangsa, ada yang berjuang demi agama, demi cita-cita. Tidak salah untuk berjuang, sememangnya itu tujuan kita berpijak di bumi ini,. untuk berjuang. Namun perlu dinilai beberapa perkara, untuk siapa kita berjuang, dengan apa kita berjuang, atas landasan apa kita berjuang. Malah cabaran dan halangan akan sentiasa muncul sepanjang jalan perjuangan kita. It is not the matter how the troubles come, it is the matter how we face them. Ingatlah, sebagaimana bumi akan sentiasa ditimpa hujan, kita akan sentiasa didatangi masalah. Maka, hadapilah dengan penuh keterbukaan. Minda yang terbuka, emosi yang tenang, strategi yang cemerlang, gaya yang matang, dan pergantungan yang tinggi terhadap Tuhan. Setelah itu kita akan melihat masalah yang datang, sebagai bukan masalah lagi.

Mungkin tiada apa sangat yang dapat saya tinggalkan buat tatapan dan kaguman generasi depan. Justeru, setelah segala-gala yang terjadi, terima kasih dan minta maaf. Semoga pasukan debat SDAR akan terus menjadi pasukan yang digeruni, seperti Manshester United dan Chelsea dalam EPL, Barcelona dan Real Madrid dalam La Liga, Spain dan Brazil dalam World Cup (tapi Barca tetap terbaik).....


Wassalaam,

Adzlan Jamaludin
Koambir Diraja
Mantan Kapten Pasukan Debat SDAR 2009/2010







Nov 5, 2010

Assalamualaikum wbt...


Ke hadapan para pendebat serta semua yang terlibat dengan pertubuhan yang serba berwarna warni dengan pelbagai rasa

Aug 2, 2010

Piala Perdana Menteri: Bumi Seremban ia semadi..~

Perlawanan akhir
Piala Perdana Menteri telah berlangsung pada 31 Julai yang lalu
Bertempat di Hall B, PICC..

Usul: UPSR dan PMR wajar dihapuskan
Kerajaan: SBPI Gombak
Pembangkang: Sekolah Dato' Abdul Razak

Keberangkatan kami ke PICC pada Khamis 29 Julai benar-benar berbekalkan harapan yang tinggi..
Amanah dan tanggungjawab yang digalas ke bahu kami,
terasa bagaikan memikul seangkasa langit..
Bertemankan Cikgu Aisyah, sampai juga kami di Amani Hotel,,

Jumaat, 30 Julai,,
Rehearsal di PICC..
Sedikit lewat tamatnya di sana..
Tidak mengapa..

Setelah kehadiran Abang Syafiq, Illyas, Sheikh, Munir, Hazwan, Adri dan sebagainya,
kami sempat ber'mock' debat dengan mereka,..
Usul yang dipilih: UPSR dan PMR wajar dimansuhkan..
Bekas pelajar kerajaan, kami pembangkang...

Sedikit2 demi sedikit usul dikupas oleh Cikgu Muhammad dan Abang Ghiyatudin..
Tidak lupa juga pada Abang Nazif atas sumbangan makanan dan accomodation lain..
Pada masa yang sama,
abang-abang lain sibuk menyiapkan keperluan kami..

Menggilap kasut, membersihkan songkok, mengemas bahan-bahan, menggosok pakaian, serta menyarungkan tanda nama di Blazer kami..
*Terima Kasih tidak terhingga....

Jun 16, 2010

Usul Pertandingan Debat Piala Universiti UKM 2010

POLITIK
1.Sudah Tiba Masanya, Sistem Dua Parti Dilaksanakan
2.Pilihanraya Kecil Perlu Dimansuhkan
3.Satu Malaysia Pemangkin Pembangunan Negara Bangsa
4.Kesatuan Eropah Wajar Menerima Turki
5.Demi Kesejahteraan : Baju Merah dan Baju Kuning Perlu Bersatu
6.Pelan Transformasi Negara Jawapan Terbaik
7.Krisis Kekacauan Thailand Tanggungjawab Kerajaan
8.Demonstrasi Lambang Demokrasi
9.Kuasa Veto Mengancam Keamanan Dunia
10.Gaji Wakil Rakyat Wajar Dinaikkan
11.ISA Melindungi Keselamatan Rakyat
12.Wawasan 2020 Masih Lagi Relevan
13.Fenomena Lompat Parti Perlu Dihalang
14.Kita Perlukan Politik Perkauman
15.Hak Asasi di Malaysia : Indah Khabar Dari Rupa

EKONOMI
1.Model Ekonomi Baru Hanya Sekadar Gimik
2.F1 Satu Malaysia, Satu Pembaziran
3.Bioteknologi Menjana Ekonomi Negara
4.ASEAN Perlu Menjadi Blok Ekonomi
5.Krisis Ekonomi : Sektor Pertanian adalah Perisainya
6.Bank Dunia Penyelamat Negara Dunia Ketiga
7.Krisis Kewangan Greek : Kesatuan Eropah Gagal
8.Pasar Raya Besar, Lubuk Emas IKS
9.Mahasiswa Kita Boros
10.Air Asia Punca MAS Lemas

SOSIAL
1.Cinta Adamaya Masih Lagi Relevan
2.Facebook : Lebih Sudu daripada Kuah
3.Badminton Malaysia Masih Ada Harapan
4.Kempen Membaca : Kita Tidak Prihatin
5.Rakan Muda : Seperti Melepas Batuk Ditangga
6.Poligami Perlu Disokong
7.Ratu Cantik Lambang Keamanan Dunia
8.Gosip Mengangkat Artis Malaysia
9.Transeksual Wajar Diberikan Hak Sama Rata
10.YouTube : Kreativiti Melampau
11.Upin Ipin Simbol Perpaduan
12.Penempatan Guru di Pedalaman adalah Wajar
13.Isu Pembuangan Bayi : Salah Kerajaan
14.Demi Perpaduan : Kebebasan Media Perlu Dikawal
15.UPSR : Tidak Wajar Dihapuskan